JOM JADI JUTAWAN

JOM JADI JUTAWAN
HANYA RM1.00 UNTUK JADI JUTAWAN..dermalah

Sunday 12 February 2012

Kelab Sukarelawan SRI AL-AMIN  BANGI (SRIAAB) ditubuhkan atas kesedaran  untuk membantu pihak sekolah mengumpul  dana  bagi membangunkan prasarana  fizikal  yang lebih kondusif untuk menyediakan ruang yang lebih luas bagi menjalankan aktiviti kurikulum dan kokurikulum.  Strategi  awal ini ialah untuk mengumpul seramai  mungkin para sukarelawan  yang sanggup bersama berkorban masa , tenaga, idea, kepakaran dan material bagi tujuan sumbangsaran untuk merancang aktiviti pengumpulan DANA sebanyak RM 2.5 juta bagi mendirikan bangunan empat tingkat, menggantikan bangunan  setingkat lama yang sedia ada. Marilah bersama  mengambil peluang ini, sebagai ruang untuk beramal  jariah dan menyumbang sebarang amal untuk kebajikan. Semoga usaha kita yang sedikit ini, diterima Allah SWT sebagai amal kebajikan  dan memberatkan timbangan amal yang baik pada hari akhirat nanti InsyaAllah. Sesiapa yang berminat bolehlah hubungi saya ..0192736292 atau email ssalmiyah@yahoo.com.

No comments:

Post a Comment