Sekolah SRI Al-Amin Bangi, yang berdaftar dengan Kementerian Pelajaran Malaysia dan dengan Jabatan Agama Islam Selangor telah beroperasi sejak 20 tahun lalu. Ia telah melahirkan graduan yang mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang. Sekolah yang dikelolakan oleh Syarikat Sri Al-Amin Sdn Bhd ini adalah berkonsepkan kebajikan dengan memberi ruang seluas mungkin kepada mereka yang ingin berkongsi kebajikan dan amal jariah. Wawasan Pendidikannya bagi melahirkan Insan Rabbani perlu dikongsi, didokongi dan direalisasikan bersama bukan sahaja oleh warga sekolah dan ibu bapa malah oleh semua mereka yang perihatin tentang pentingnya peranan Pendidikan Islam tersebut. Pengumpulan dana dilaksanakan berterusan untuk tujuan pembangunan dan pengoperasiannya.
JOM BERSAMA MENYOKONG KAMI DENGAN MENYEBARKAN PAPARAN INI ATAU SEBARANG SOKONGAN LAIN YANG MUNASABAH.
Jazakumullahu khairan kathiran
No comments:
Post a Comment