JOM JADI JUTAWAN

JOM JADI JUTAWAN
HANYA RM1.00 UNTUK JADI JUTAWAN..dermalah

Wednesday 27 June 2012

CORETAN SEMARAK KASIH

Semarak Kasih: Air mata jadi saksi PDFCetakE-mail Share on MySpace
Selasa, 26 Jun 2012 05:14 ,
BANDAR BARU BANGI –Tanpa ibu bapa, tiadalah kita di dunia ini.
Tanpa pengorbanan dan asuhan daripada mereka, kita mungkin
tidak sehebat hari ini

Majlis Semarak Kasih
 
Majlis Semarak Kasih

Bagi mengenang jasa dua insan istimewa ini, satu program khas
yang dinamakan ‘Majlis Semarak Kasih’ (MSK) telah diadakan
di Bangi Golf Resort pada pagi Sabtu, 23 Jun 2012.
Majlis Semarak Kasih
Penganjur, Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) Daerah Kajang,
PIBG Sri Al-Amin Bangi dan Pengurusan Musolla Sri Al-Amin Bangi
 telah mula menjual tiket MSK ini sejak kira-kira dua bulan lepas.
Sasaran awal kehadiran adalah 1,000 orang (100 meja) yang
terdiri daripada ibu bapa yang diraikan, anak-anak serta ahli keluarga mereka.

Bagaimanapun, kira-kira 800 orang yang menghadiri MSK pada hari
tersebut sudah merupakan kejayaan besar bagi penganjur.
Dr Mohd Faudzi Mohd Yusoff selaku Pengarah Bersama MSK berkata,
 jumlah tersebut memang sudah dijangka disebabkan sebahagian
 orang ramai membeli tiket sekadar untuk menyumbang tetapi
 memaklumkan mereka tidak dapat hadir. Namun yang
mengejutkan, terdapat hadirin yang membawa bilangan
ahli keluarga paling ramai – 54 orang!
Majlis Semarak Kasih
Sungguh indah menyaksikan
 para ibu bapa diiringi anak,
 menantu, cucu dan cicit berjalan
 ke meja yang disediakan.
Lebih meriah apabila mendapati
 pihak Bangi Golf Resort menyediakan
pengangkutan buggy untuk
membawa hadirin dari tempat
 letak kereta yang kedudukannya
 agak jauh bagi ‘para tetamu
penting’ yang sudah berusia.

Majlis telah dikendalikan dengan jayanya secara bergilir oleh
 dua pengacara, Puan Halimah dan Prof Taufiq Yap.
 Bacaan al-Quran yang sungguh merdu daripada qari jemputan,
Thufail Sayuti menerawang ke segenap dewan sebelum
pengacara menjemput Yang Dipertua Ikram Kajang,
 Prof Ir Dr Kamal Nasharuddin Mustapha selaku penasihat
 program untuk menyampaikan ucapan, sekali gus merasmikan majlis.
Antara lain, Dr Kamal mengucapkan tahniah dan syabas kepada
 pihak penganjur kerana berjaya merealisasikan satu program
 yang cukup bermakna buat para ibu bapa, selain dapat
 mengumpul dana untuk merancakkan aktiviti Ikram Kajang,
PIBG dan juga pihak sekolah khususnya musolla.

Yang Dipertua Ikram Selangor, Prof Madya Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus
mengisi ruang ‘Bicara Semarak Kasih’ dengan mengajak hadirin
 sentiasa menggembirakan ibu bapa atas dasar iman dan ibadah.
Memetik maksud ayat ke-19 dari surah an-Naml, beliau menerangkan
bagaimana Nabi Sulaiman alaihissalam berdoa agar baginda dapat
terus bersyukur dengan nikmat Allah dan tetap
 mengerjakan amalan yang soleh.
“Antara tanda-tanda kesyukuran itu adalah menggembirakan
 ibu bapa kita. Hasil didikan merekalah kita menjadi seperti
sekarang ini. Kesan daripada itu jugalah kita berusaha
mendidik anak-anak kita supaya menjadi insan yang bertakwa.
 Sebab itu kita memilih Al-Amin sebagai sekolah anak-anak kita,
supaya jiwa mereka soleh dan terpelihara,” katanya.“Hari ini kita
dikumpulkan dalam majlis yang cukup indah. Bayangkanlah
dan berdoalah agar kita nanti dikumpulkan kembali dalam
majlis yang lebih indah iaitu di syurga Allah.”
Majlis Semarak Kasih Majlis Semarak Kasih
Deklamasi puisi Khadijah Hashim berjudul “Masih Lagi Ibu”
 oleh adik Izrina Harifin membuai emosi hadirin. Bagi yang
tidak membawa ibu bersama, ingatan pasti terbang ke
kampung halaman, bersua insan-insan tercinta itu di minda.
Majlis Semarak Kasih 
Suasana syahdu bertukar ceria apabila adik Luqman Nul Hakim Kader
 dan Aqil Naufal Arman berduet menyampaikan sajak dengan sesekali
bergaya ala choral speaking. Bagaimanapun, sekali lagi jiwa hadirin
 diusik dengan tayangan klip video lagu “Anak Soleh” dendangan Aeman.
Ketika klip ini ditayangkan, jelas hampir semua orang menghayatinya,
 sebahagiannya dengan genangan air mata.
Majlis Semarak KasihDalam mood inilah kemudiannya
pengacara menjemput hadirin untuk
 mengungkapkan kata-kata penghargaan
secara spontan kepada ibu bapa mereka.
Menariknya, bukan anak-anak muda sahaja
 teruja untuk membuat ucapan, seorang
warga emas dari Pahang turut bangun.
Biarpun kedua-dua ibu bapa ‘pakcik’ ini
 telah menghadap Ilahi, beliau bersyukur
dijemput ke majlis ini dan berpesan
supaya anak-anak sentiasa berbuat baik kepada ibu bapa, lebih-lebih
lagi ketika mereka masih di depan mata.
Acara yang paling menyentuh hati juga adalah ketika anak-anak
dipersilakan menyampaikan hadiah cenderamata kepada ayah
serta ibu masing-masing. Ketika inilah para jurugambar dan
 juruvideo sibuk merakamkan detik-detik bersejarah yang tercipta.
 Pelukan, ciuman dan titisan air mata menjadi saksi kasih sayang,
ketulusan dan keikhlasan...
Acara pentas diteruskan dengan persembahan angklung
 dan nyanyian yang menggabungkan pelajar sekolah rendah
dan menengah, diikuti nasyid oleh anak-anak Tadika Khalifah Bestari.
Tetapi yang paling mendapat perhatian adalah persembahan
 pelajar-pelajar Pusat STAM Ikram. Kumpulan yang menggelarkan
 diri mereka “Huffaz” itu dianggotai Thufail, Akmal, Aiman,
Azzam dan Amirul Hadi. Mereka menyampaikan tiga buah
 lagu termasuk “Syurga-Mu” (Ungu) dan “Muslim Country Kid”
(Brothers) dengan paduan suara yang cukup harmoni sekali.
Thufail sekali lagi memukau hadirin dengan ‘suara emas’nya.
Majlis ditamatkan dengan bacaan doa pimpinan Ustaz Norsyazly
Rameli dan sesi fotografi.
Majlis Semarak Kasih
Meskipun keadaan dewan tidak begitu ‘dingin’, secara
 keseluruhannya, program Majlis Semarak Kasih ini amat
berjaya sekali. Ibu bapa diraikan, anak-anak terasa puas
dan hadirin terhibur selain dapat membawa pulang
cederamata dan hadiah misteri. Masing-masing
mengharapkan program seperti ini bukanlah yang
terakhir kerana sesungguhnya jasa dan pengorbanan
 ibu bapa membawa ke syurga, selamanya…
Majlis Semarak Kasih
Majlis Semarak Kasih

Monday 25 June 2012

SEMARAK KASIH sudah berputik...23 JUN 2012

SEMARAK Kasih, menyantuni ibu bapa telah berputik,,, program meraikan ibu bapa dan mereka yang disayangi, berjalan lancar, penuh dengan nostalgia... Ia akan mekar untuk dijadikan agenda tahunan Insya Allah.. ini sebahagian catatan dan foto kenangan yang sempat dikompailkan.

"Abah menitiskan airmata terharu. Lelaki warga emas ini mudah terusik hatinya. Mak pula tertunduk malu apabila berhadapan kamera. Hadiah kami tidak seberapa harganya. Tetapi ianya hasil kerja penuh kasih sayang cucunda Mak dan Abah. Berhari-hari cucunda menyiapkan poster yang mengandungi semua gambar anak-anak, menantu-menantu dan cucu-cucu Abah dan Mak untuk dihadiahkan sempena Majlis Semarak Kasih.

Kami ingat betapa cekalnya Abah menghadapi cabaran hidup membesarkan kami enam beradik. Acap kali baju Abah basah boleh diperah dek keringat kerana mencari rezeki.
Mak juga melakukan pelbagai kerja selain tugas surirumah untuk membantu Abah. Walau pendapatan keluarga tidak seberapa, tapi keberkatannya melimpah ruah.

Majlis Semarak Kasih hanya sekelumit penghargaan yang mampu kami berikan buat Mak dan Abah berbanding dengan selautan kasih dan segunung pengorbanan kalian".

Alhamdulillah, Majlis Semarak Kasih 2012 telah selamat dianjurkan pada 23 Jun 2012 yang lalu. Ucapan Penasihat Majlis Semarak Kasih merangkap YDP IKRAM Kajang, Prof Ir Dr Kamal memberi contoh pengorbanan bapa, seorang penarik beca yang mampu mendidik anak-anak hingga berjaya. Bicara Semarak Kasih oleh Prof Madya Ustaz Hasanuddin, YDP IKRAM Selangor, sarat dengan motivasi dan nasihat untuk kami sebagai anak-anak dan juga untuk para ibubapa yang diraikan. Betapa peluang meraih pahala yang Allah swt berikan kepada anak-anak dengan dilanjutkan usia ibubapa mereka. Begitu juga para ibubapa warga emas diberikan peluang untuk melipatgandakan pahala amal ibadah yang dilakukan dalam suasana lemah dan uzur. Kasih sayang berpanjangan antara suami isteri warga emas memberi kefahaman yang sungguh indah mengenai maksud perkataan "rahmah" selepas "sakinah" dan "mawaddah" yang terkandung dalam Surah Ar-Rum:21.
Prof Taufiq Yap sebagai pengacara, menceriakan Majlis Semarak Kasih dalam sesi hadiah misteri, hadiah bertuah, penyampaian cenderahati kepada ibubapa dan sesi di mana hadirin mengungkapkan penghargaan kepada ibubapa tersayang. Seorang warga emas bangun menyatakan bahawa dalam usia sebegitu, beliau masih teringat jasa ibubapanya yang telah lama pergi. Yang mampu beliau lakukan sekarang hanyalah menyedekahkan Al-Fatihah dan mendoakan mereka. Oleh itu bagi yang masih mempunyai ayah dan ibu, santunilah mereka sementara peluang masih ada.
Pelbagai persembahan sajak, poem, video clip, nasyid Tadika Khalifah Bestari, angklung Sekolah Rendah Sri Al-Amin Bangi dengan iringan suara pelajar-pelajar Sekolah Menengah Sri Al-Amin Bangi serta nasyid kumpulan Huffaz dari Pusat STAM IKRAM menyuntik kesyahduan dan mendendangkan hiburan silih berganti. Bakat anak-anak kita yang digilap dengan bimbingan guru-guru dan sukarelawan ternyata mampu menyentuh hati dan menghiburkan hadirin.
 
Ramai yang menjayakan Majlis Semarak Kasih samada menyumbang idea, tenaga, masa dan wang ringgit. Yang pasti, malaikat tidak lupa mencatit. 750 kerusi yang terjual, satu bilangan yang bukan sedikit.
Kami para AJK menarik nafas lega. Pastinya ada banyak kelemahan yang perlu kami perbaiki. Rasa penat dan lelah kini semakin hilang. Mudah-mudahan pahala amal kerdil ini kekal tidak akan lekang.
~coretan AJK Majlis Semarak Kasih, anjuran IKRAM Kajang, PIBG Sri Al-Amin Bangi dan Pengurusan Musolla Sri Al-Amin Bangi, untuk perkongsian. Semoga bermanfaat.

Wednesday 20 June 2012

Selamat Datang ke Majlis Semarak Kasih


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Penyumbang & pembeli tiket Semarak Kasih.....Selamat Datang dan selamat bersilaturrahim dalam perjumpaan mahabbah menyantuni mereka yang disayangi kerana Allah SWT. Kehadiran pada 23 hb Jun 2012 pukul 9.30 pagi hingga 1.30 tgh di Bangi Golf Resort, Bandar Baru Bangi, insya-Allah.. Adalah lebih baik jika kita ada sebarang hadiah kenangan (mengikut kemampauan masing-masing) untuk dihadiahkan kepada mereka yang kita sayangi pada majlis tersebut. Hadiah akan diberikan pada masa yang ditetapkan seperti dalam agenda secara serentak..


Semoga Majlis Semarak Kasih dibekarti dan berjalan dengan lancar. Syabas dan terima kasih kepada semua urusetia PIBG dan IKRAM Kajang yang menganjurkan Majlis ini.

 

Friday 15 June 2012

Santunan Sayang ..membina Generasi Rabbani

Bermuafakat membina generasi Rabbani...Semua insan dituntut memainkan peranan yang besar dan berhikmah menyokong untuk melahirkan insan soleh wa musleh.Di sekolah sudah tentu peranan bersama warga pendidik dan ibu bapa amat penting seperti Hari Pelaporan yang diadakan tersebut. Berbincang merupakan satu penyelesaian. Anak-anak ahli syurga memerlukan bimbingan dari segi kognitif, psykmotor, efekif, spritul dan akhlaq, Mereka di kelilingi oleh lingkungan berwarna warni pelbagai. Suasana biah soleh, lingkungan alam harmoni  yang sentiasa bertasybih dan bersyukur kepada Khaliq, interaksi dan kominikasi dengan linkungan maujud dan ghaib yang penuh kesantunan, menyediakan jalan yang lurus ini untuk kita dan mereka ke sana. Bersama bermuasabah diri, mencari nur hidayah, keberkatan di atas satu jalan yang sama menjadi hamba Allah dan Khalifah Allah yang terpuji dan dikehendaki.


Ahlan wa sahlan, wa marhaban bikum:
 wasahlan..banner 6x4 hari prestasi sek ren.jpg
Pemakluman pihak sekolah/guru besar SRIAAB.

SEMARAK KASIH : SANTUNAN SAYANG


Salam dalam Iman dan kebarkatan semua pengunjung net yang dihoramati. 

Masih ada masa, ruang dan peluang untuk kita hadir, meyumbang dan beramal dalam Majlis ini. Majlis Tazkirah, maljlis berukhuwahfillah, Liqa Keluarga dan  menyantuni mereka yang kita sayang..malah menyantuni sekolah, PIBG yang kita sayang. Sayang antum boleh diwakilkan kepada anak-anak di Al-Amin, Muallim & Muallimah, staf, Ibu-ibu tunggal, atau anak-anak yatim  atau mereka yang mengharapkan ...jika kita tiada kelapangan turut hadir Dalam Majlis Rabbatul Am  tersebut..

JZKK kepada mereka yang telah memberikan komitmen, kerjasama, keperhatinan, bantuan dan sokongan serta yang mewar-warkan kepada rakan-rakan yang lain. Hanya Allah sahaja yang memberi ganjaran,

Untuk dapatkan tiket dan keterangan lanjut sila hubungi:

Kak Ani 0192658637 atau Kak Pah 0192736292 atau Kak Yan 019333733
JZKK