Imam Ahmad dan Al –Nasai` merawikan hadis daripada Jabir bin Abdullah: “Suatu hari Rasullullah s.a.w. bersama Abu Bakar dan Umar memakan sebiji kurma dan meminum air sejuk. Baginda lalu bersabda,mafhumnya: `Demi Allah, kita akan ditanya tentang nikmat ini pada hari kiamat nanti`.
Jika nikmat memakan sebiji kurma dan meneguk seteguk air akan ditanya dan akan dipertanggungjawabkan, bagaimana pula dengan segala macam nikmat yang kita ada ?, segala keselesaan dan kemewahan tempat tinggal kita, pelbagai kenderaan mewah yang kita miliki, pelbagai permainan yang menyeronokkan, ribuan malahan jutaan ringgit yang disimpan, harta melempah ruah di sana sini, emas, mutiara dan intan belian yang menjadi perhiasan diri !!! Sampai hatikah kita melihat bangunan tempat menimba dan penyuburan ilmu bagi ratusan anak-anak yang belajar di sini dalam keadaan yang kurang selesa ? Terlalu padat untuk menempatkan lebih ramai lagi anak-anak didiknya, walaupun permintaan untuk belajar di SRIAAB ini tinggi. Lebih diperlukan lagi jika ada dana yang boleh digunakan untuk menyediakan prasarana dan kemudahan untuk pengajaran dan pembelajaran yang kondusif. Jom bersama kita menyumbang untuk bersama membangunkan sekolah ini, sekurang-kurangnya saluran sumbangan kita ke Tabung pembangunan sekolah ini merupakan jawapan ‘ ke manakah harta kita dibelanjakan’. Kepada dermawan :-
No comments:
Post a Comment