JOM JADI JUTAWAN

JOM JADI JUTAWAN
HANYA RM1.00 UNTUK JADI JUTAWAN..dermalah

Wednesday 29 February 2012

APA YANG KITA PUNYAI DI SINI, DI SANA KITA AKAN DITANYA

Imam Ahmad dan Al –Nasai` merawikan hadis daripada Jabir bin Abdullah: “Suatu hari Rasullullah s.a.w. bersama Abu Bakar dan Umar  memakan sebiji kurma dan meminum air sejuk. Baginda lalu bersabda,mafhumnya: `Demi Allah, kita akan ditanya tentang nikmat ini pada hari kiamat nanti`.
Jika nikmat memakan sebiji kurma dan meneguk seteguk air akan ditanya dan akan dipertanggungjawabkan, bagaimana pula dengan segala macam nikmat yang kita ada ?, segala keselesaan dan kemewahan  tempat tinggal kita, pelbagai kenderaan mewah yang kita miliki, pelbagai  permainan yang menyeronokkan, ribuan malahan jutaan ringgit yang disimpan, harta melempah ruah di sana sini, emas,  mutiara dan intan belian yang menjadi perhiasan diri !!!  Sampai hatikah kita melihat bangunan tempat menimba  dan penyuburan ilmu bagi ratusan  anak-anak yang belajar di sini dalam keadaan yang kurang selesa ? Terlalu padat untuk menempatkan lebih ramai lagi anak-anak didiknya, walaupun permintaan untuk belajar di SRIAAB ini tinggi. Lebih diperlukan lagi  jika ada dana yang boleh digunakan untuk menyediakan prasarana  dan kemudahan untuk pengajaran dan pembelajaran yang kondusif. Jom bersama kita menyumbang untuk bersama membangunkan sekolah ini, sekurang-kurangnya saluran sumbangan kita ke Tabung pembangunan sekolah ini merupakan jawapan ‘ ke manakah harta kita dibelanjakan’.  Kepada dermawan :-
جَزَاكُم اللهُ خَيْرَ الجَزَاءِ عَلَى مُرُورِكُم الرَّائِع الذِّي عَطَرَ صَفْحَتِي وَتَفَاعُلِكُم الحُلُو

JIWA HAMBA –Peluang Pelaburan AKHIRAT terbuka.

Apabila orang soleh memiliki harta, ia mampu `membeli` dirinya daripada Allah S.W.T  dan menebus dirinya daripada api neraka seperti maksud Al-Quran dalam Sural Al-Baqarah ayat 207 –‘ Dan antara manusia ada orang yang membeli dirinya kerana mencari keredhaan Allah, dan Allah Maha Penyantun kepada hamba-Nya`. Tidak rugi kita menyumbang sedikit sahaja  harta/wang yang dipinjamkan kepada kita untuk membantu membangunkan tempat penyuburan ilmu, seperti di SRIAAB ini. SRIAAB  adalah salah sebuah institusi Pendidikan Islam yang bermatlamat melahirkan para ilmuan yang cendiakawan yang seterusnya dapat menyebarkan ilmu yang mereka dapat kepada ummat Muhammad s.a.w di seluruh alam.

Saturday 25 February 2012

PEACE OF MIND BEGINS WITH JUST ONE CLICK




INSYA-ALLAH semua muslim akan mendoakan kebahagiann kepada muslim lain yang banyak beramal soleh. Anak-anak didik SRIAAB ini akan sentiasa mendoakan kebahagian dunia dan akhirat kepada semua dermawan


Thursday 23 February 2012

بسم الله توكلت على الله



Anak-anak yang sedang belajar di SRIAAB inilah yang sebahagiannya mendoakan kebahagian, kesejahteraan dan kemuliaan  kepada sesiapa sahaja yang memberikan sumbangan untuk menyediakan tempat mereka menuntut ilmu,bakal  menjadi insan rabbaniah yang insyaAllah juga menjadi Pemimpin masa depan. Hindarilah prasangka negatif berhubung dengan jangkaan-jangkaan negatif terhadap salahguna akaun-akaun bank yang dipaparkan. Kita berserah hanya mereka yang perihatin dapat memanfaatkan paparan dan tawaran yang dibentangkan.Begitu jugalah diharapkan hanya mereka yang baik-baik sahaja dapat berkongsi untuk bersama-sama membantu membuka peluang beramal jariah ini.


“Siapa yang bertawakal kepada Allah, maka Dia yang pencukupkannya” [65:3]

“Dan bertawakallah kepada Allah. Cukuplah Allah sebagai pelindung” [04:81]

“Sesungguhnya Allah itu menyintai orang-orang yang bertawakal” [03:159]

“Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Dia jadikan baginya jalan keluar (dari kesulitan) dan akan diberikan rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka kerana barang siapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Dia menjadi pencukupnya. Sesungguhnya Allah itu lurus urusannya dan sesungguhnya Allah itu telah ada ketentuan bagi tiap2 sesuatu” [65:2-3]

Oleh itu sahabat-sahabat, kenalan dan semua saudara seaqidah, marilah kita sentiasa bertawakal dalam apa saja perkara, mahupun yang remeh. dengan berusaha terlebih dahulu sebelum kita bertawakal kpd Allah…

Monday 20 February 2012

HOW A DOLLAR MAKES A MiLLIONAIRE


KUASA SATU DOLLAR/RINGGIT....biiznillah boleh jadi JUTAWAN akhirat!!!!. Doalah dan ajaklah 1500 orang rakan, kenalan, saudara mara, keluarga jiran tetangga dalam rangkaian anda untuk menyumbang hanya SATU DOLLAR/RINGGIT seorang atau kalau mampu anda sendiri meyumbang $1,500.00 atau lebih ke dalam tabung yang tertera. Anda yang budiman, tentu sahaja membuat pelaburan yang syarie di mana sahaja, ambillah peluang mempelbagaikan pelaburan anda termasuk peluang di sini.

Wednesday 15 February 2012

A DOLLAR MAKES A MILLIONAIRE


KUASA  satu dollar betulke boleh jadi millionaire? biiznillah BOLEH. Janji dengan DOA dan Usaha. Ruang dan usaha ini memberi peluang dan peluang kepada semua insan global untuk menyumbang seikhlas mungkin walaupun dengan sumbangan seringgit. Masukkan dalam Akaun yang tertera.
Sertakan  dengan doa , agar impian kita bersama untuk membantu mengumpul kira-kira RM 2.5 juta itu menjadi realiti. Pohonkan agar
digerakkan hati-hati para dermawan yang tulus untuk merebut SAHAM abadi ini. Janji Allah adalah PASTI memperkenankan doa orang yang berdoa seperti Surah Al-Mu`min :60. Janji Allah juga pasti melipatgandakan saham bersedekah seperti dalam Surah Al-Baqarah: 261. Sebarkan kepada semua rakan dan taulan, jiran tetangga, saudara mara dan keluarga peluang melabur ini....walaupun satu ringgit sahaja. InsyaAllah semakin ramai bilangan yang meyumbang kerana usaha anda ....Anda juga akan mendapat rangkaian pahalanya.  JANGAN terlewat untuk menginfakkan hanya sedikit ringgit anda sebelum terlambat. Buktinya Ayat Al-Munaafiquun berapa ramai mereka yang mohon untuk dikembalikan semula ke muka bumi setelah mati...semata mata untuk bersedekah.

Tuesday 14 February 2012

ADILKAH, SELESAKAH BELAJAR DI PREMIS INI?

Semua anak-anak mesti diberi hak untuk mereka belajar di tempat yang kondusif dan selesa. Ibu bapa juga berhak untuk menghantar di institusi pendidikan yang menawarkan pengisian pendidikan pilihan mereka. Adalah tidak adil, anak-anak generasi pewaris, bakal pemimpinan pada masa depan melalui lingkungan tempat belajar mereka yang berbeza dari segi prasarana dan kemudahan. Berapa banyak sekolah  yang menjadi pilihan ibu bapa ini, berada dalam keadaan yang tidak setara dari segi kemudahan dan prasarannya seperti di kebanyakan sekolah aliran perdana. Marilah kita bersama menyokong dan membantu ibu bapa (yang sama-sama menjadi pembayar cukai), menghantar anak di sekolah zero bantuan kerajaan ini supaya  dapat berkongsi rasa  kesaksamaan dan keadilan dengan sekolah-sekolah yang besar dan tersergam indah di luar sana, dengan memberi sedikit sumbangan untuk membangunkan prasarana di SRIAAB. 

جَزَاكُم اللهُ خَيْرَ الجَزَاءِ عَلَى مُرُورِكُم الرَّائِع الذِّي عَطَرَ صَفْحَتِي وَتَفَاعُلِكُم الحُلُو

Sunday 12 February 2012

Kelab Sukarelawan SRI AL-AMIN  BANGI (SRIAAB) ditubuhkan atas kesedaran  untuk membantu pihak sekolah mengumpul  dana  bagi membangunkan prasarana  fizikal  yang lebih kondusif untuk menyediakan ruang yang lebih luas bagi menjalankan aktiviti kurikulum dan kokurikulum.  Strategi  awal ini ialah untuk mengumpul seramai  mungkin para sukarelawan  yang sanggup bersama berkorban masa , tenaga, idea, kepakaran dan material bagi tujuan sumbangsaran untuk merancang aktiviti pengumpulan DANA sebanyak RM 2.5 juta bagi mendirikan bangunan empat tingkat, menggantikan bangunan  setingkat lama yang sedia ada. Marilah bersama  mengambil peluang ini, sebagai ruang untuk beramal  jariah dan menyumbang sebarang amal untuk kebajikan. Semoga usaha kita yang sedikit ini, diterima Allah SWT sebagai amal kebajikan  dan memberatkan timbangan amal yang baik pada hari akhirat nanti InsyaAllah. Sesiapa yang berminat bolehlah hubungi saya ..0192736292 atau email ssalmiyah@yahoo.com.

SRIAAB - JOM bersama menyumbang

Sejauhmanakah kita bersedia untuk mengumpul sebanyak bekal untuk kehidupan yang bahagia dan sejahtera di alam SANA? Orang selalu sebut masa MENCEMBURUI kita..sedarlah Hakikat MASA yang telah disusun dengan baik oleh PENCIPTA YANG ESA tidak pernah cemburu kepada sesiapa malah kepada sebarang makhluk pun. Sebenarnya kitalah yang patut menyemburui masa dengan mengurus diri untuk mengejar masa yang penuh teratur itu. JOM mengisi masa dengan beramal jariah, menginfaq masa, tenaga, idea, kepakaran dan idea dalam membantu pengoperasian pengisian pendidikan dan aktiviti mengumpul DANA membangunkan institusi  SRIAAB yang menitipkan ILMU untuk menjadi HAMBA dan KHALIFAH ALLAH di pentas lakonan dunia fana ini

SRI AL-AMIN BANGI - Pusat Kecemerlangan Pendidikan dan Penyuburan Ilmu


Sekolah SRI Al-Amin Bangi, yang berdaftar dengan Kementerian Pelajaran Malaysia dan dengan Jabatan Agama Islam Selangor telah beroperasi sejak 20 tahun lalu. Ia telah melahirkan graduan yang mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang. Sekolah yang dikelolakan oleh Syarikat Sri Al-Amin Sdn Bhd ini adalah berkonsepkan kebajikan dengan memberi ruang seluas mungkin kepada mereka yang ingin berkongsi kebajikan dan amal jariah. Wawasan Pendidikannya bagi melahirkan Insan Rabbani perlu dikongsi, didokongi dan direalisasikan bersama bukan sahaja oleh warga sekolah dan ibu bapa  malah oleh semua mereka yang perihatin  tentang pentingnya peranan  Pendidikan Islam  tersebut. Pengumpulan dana dilaksanakan berterusan untuk tujuan pembangunan dan pengoperasiannya.

JOM BERSAMA MENYOKONG KAMI DENGAN MENYEBARKAN PAPARAN INI ATAU SEBARANG SOKONGAN LAIN YANG MUNASABAH.

Jazakumullahu khairan kathiran