JOM JADI JUTAWAN

JOM JADI JUTAWAN
HANYA RM1.00 UNTUK JADI JUTAWAN..dermalah

Wednesday 21 March 2012

Belajarlah Memberi Sebelum Menerima...Aniz Anwar

Anak-anak SRIAAB dengan uniform Kadet Remaja MUSLEH

copy email drp Klinik sukses - tentang bersedekah

Sharifah Ingin Menikmati IMPIAN?? Belajarlah Memberi Sebelum Menerima...

Salam Harmoni...Salam Kerinduan buat Sharifah!
Apa khabar agaknya Sharifah minggu ini? Semua OK? He He He
OKlaakan insyaAllah dapat titipan INSPIRASI dari Puan Aniz ;)
Alhamdulillah bertemu kembali setelah lama menyepi selepas dirai
menjadi tetamu Allah & tetamu Rasulullah;

Subhanallah banyak sekali HIKMAH yang saya pelajari melewati
perjalanan ini sebelum menunaikan umrah dan selepas menunaikannya. Cuma SATU RESEPI RINGKAS yang ingin saya kongsikan dengan Sharifah khususnya dalam MENIKMATI IMPIAN yang Sharifah idam-idamkan tidak kiralah mengimpikan pasangan mahupun ikatan suci sebuah perkahwinan, perniagaan yang sukses, keluarga yang harmoni, kesihatan dan kesejahteraan, kekayaan atau apa sahaja KETAHUILAH salah satu CARA TERPANTAS untuk memilikinya  ....Jeng Jeng Jeng...

Mau percaya atau TIDAK tetapi yang JELAS saya dan suami yang kini sedang mempraktikkanya menjadi TERHIBUR dengan khabar-khabar bahagia yang selama ini dinantikan iaitu dengan JALAN
SEDEKAH. Maksudnya disini ;alhamdulillah harinie kami LEBIH
MENGERTI DAN BERBAHAGIA APABILA MEMBERI KEPADA KEHIDUPAN INI.INFAQKANLAH HARTA, MASA, JIWA, TENAGA UNTUK MEMBERI MANFAAT KEPADA ORANG LAIN KERANA ALLAH SWT. BANTULAH INSAN LAIN MEMBINA "IMPIAN MEREKA", insyaAllah mudah-mudahan Allah mengabulkan impian kita pula walaupun sememangnya terkadang tidak pernah terlintas untuk dibalas Allah dengan kebaikan dan IMPIAN dengan kadar yang begitu pantas... syukur alhamdulillah, RAHMAT & KASIH ALLAH melengkapi dan memperindahkan perjalanan ini.

Boleh sahaja dimulai dengan bersedekah seikhlas untuk tabung
masjid, biayai anak yatim, berbakti kepada orang tua (paling
pantasnie...), membantu sahabat yang kesusahan, kesedihan dan
pelbagai lagi YANG JELAS apabila bersedekah atau melakukan
kebaikan harus diiringi dengan NIAT dan HADIRKAN DI HATI semoga "KEBAIKAN YANG DILAKUKAN INI ALLAH AKAN MEMBANTU MEMAKBULKAN IMPIANKU ~ lintaskanlah di hati 'APA IMPIAN" Sharifah itu, insyaAllah mudah-mudahan RESEPI ini menjadi untuk Sharifah meraih dan menikmati impian Sharifah yang diidam-idamkan. Sememangnya mudah dan tak susah langsung yang PALING PENTING hadirkan di hati dan mohonlah pada Allah pemilik segala kebaikan dan kehebatan di dunia dan isi alam ini

Friday 16 March 2012

Mengedar & menjual MAJALAH JOM di samping menyumbang

JOM bersama kami mengedar dan menjual Majalah JOM. Isinya sarat dengan ILMU untuk manafaat diri dan keluarga. Majalah ulung berbentuk dakwah, sangat santai untuk dibaca ke mana sahaja. Harganya di Semenanjung Malaysia bernilai hanya RM6.00 adalah sangat sesuai untuk dihadiahkan kepada sesiapa sahaja.  Hubungi kami seperti butiran berikut untuk mendapatkannya:

Salmi Niaga Sulution
019-2736292 atau 03-89256054 


Keuntungan dalam perojek ini adalah untuk mengisi DANA  pembangunan SRI AL-AMIN Bangi. Hulurkan sumbangan anda sekurang-kurangnya dengan membeli dan membaca majalah JOM.






Sunday 11 March 2012

BERSEDEKAH tanda SYUKUR


REZEKI adalah nikmat daripada  Allah yang diberikan/dipinjamkan  kepada hamba yang dikehendaki-NYA . Di dalamnya terdapat hak orang lain yang perlu diberikan. Berlumba-lumbalah untuk melapangkan rezeki anugerah tersebut dengan memberikan sebahagian kecilnya kepada orang lain yang berhak. Janji Allah terhadap `barang apa` yang dinafkahkan akan diganti semula oleh Pemberi-Nya yang Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui.

Memberi terutama apa yang disayangi, kerana syukur atas ni`mat yang diberi, Allah akan menambah lagi ni`mat tersebut, seperti dalil dalam surah di atas. Jom bersama bersedekah untuk menjemput lebih banyak lagi ni`mat Insya Allah.

BALASAN ORANG YANG BAKHIL


Kita menuju tempat abadi ....berselimut putih, jika ditakdirkan tubuh kita yang kaku dikafankan dengan sempurna tanpa apa-apa bekal yang boleh nampak oleh mata, yang bebananya boleh dipikul, yang boleh dijunjung atau yang boleh ditarik. Bekal kita, hanya jantung hati, yang memberi dengan ikhlas, yang menyumbang dengan nikmat, yang bersedekah kerana Allah. Yang menyumbang untuk menunjukkan rasa syukur dan berterima kepada Allah. Saya mengajak diri saya dan sahabat semua untuk menginfaqkan sedikit sahaja apa yang ada untuk memenuhkan tabung pembangunan sekolah ini. Sesungguhnya kebakhilan itu, menjemput padah diri seperti dalil dalam petikan Al-Quran surah berikut.

Tuesday 6 March 2012

PAHALA INFAQ

Allah SWT, berfirman dalam Hadis Qudsi:
يا ابن ادم أنفق أنفق عليك فان يمين الله ملآى سحا لايغيضها شىء بالليل ولابالنهار
Wahai anak Adam! Lakukan infaq, pasti Aku akan limpahkan kurnia kepadamu. Sesungguhnya Yaminullaah (gedung ni`mat dan kelebihan –Nya), sangat penuh berlimpah ruah, tidak akan susut sedikit pun siang atau malam.
(HQR Daruquthni yang bersumber dari Abu Hurairah r.a)

Allah SWT, memerintahkan hamba-hamba-Nya supaya
 melakukan infaq dan membelanjakan sebahagian rezki yang
 telah dilimpahkan kepada kita, kepada para fakir, miskin,
 orang-orang yang sangat memerlukannya, dan kebaikan dan
 kemaafa`atan umum. Dan janganlah hanya berpeluk tubuh atau
 berasa kedekut kerana takut habis harta atau susut
 bilangannya.  Sesungguhnya Allah tetap membalas infaq atau
 sedekah yang dikeluarkan oleh hamba-Nya, dengan berlipat kali
 ganda dengan cara-Nya sendiri, samada disedari atau tanpa
 disedari, di dunia atau ditangguhkan pada hari akhirat kelak.
 Pasti  infaq yang dikembalikan kepada Allah Pemberi rezki itu,
 akan digantikan dengan yang lebih baik dan berlipat kali ganda.
Sahabat sekalian, menyumbang dan menyokong dan membantu membangunkan Institusi Pendidikan seperti SRIAAB  ini adalah termasuk member `kepada mereka yang memerlukan dan untuk menafaat umum` Jom bersama kami mengusaha dan membangunkan institusi ini.

Monday 5 March 2012

أَنْفِق يا ابن آدم أُنْفِق عليك


 السلام عليكم ورحمه الله وبركاته
عن أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله - صلى الله عليه وسلم - قال :
قال الله فى حديثه القدسى: أَنْفِق يا ابن آدم أُنْفِق عليك
تخريج الحديث : رواه البخاري و مسلم
.منزلة الحديث :هذا الحديث من الأحاديث العظيمة التي تحث على الصدقة والبذل والإنفاق في سبيل الله ، وأنها من أعظم أسباب البركة في الرزق ومضاعفته ، وإخلاف الله على العبد ما أنفقه في سبيله .فضل الإنفاق : جاءت النصوص الكثيرة التي تبين فضائل الصدقة والإنفاق في سبيل الله ، وتحث المسلم على البذل والعطاء ابتغاء الأجر الجزيل من الله سبحانه ، فقد جعل الله الإنفاق على السائل والمحروم من أخص صفات عباد الله المحسنين ، فقال عنهم : { إنهم كانوا قبل ذلك محسنين ، كانوا قليلاً من الليل ما يهجعون ، وبالأسحار هم يستغفرون ، وفي أموالهم حق للسائل والمحروم } ( الذاريات 16-19) وضاعف العطية للمنفقين بأعظم مما أنفقوا أضعافاً كثيرة في الدنيا والآخرة فقال سبحانه : { من ذا الذي يقرض الله قرضاً حسناً فيضاعفه له أضعافاً كثيرة } ( البقرة 245) .والصدقة من أبواب الخير العظيمة ، ومن أنواع الجهاد المتعددة ، بل إن الجهاد بالمال مقدم على الجهاد بالنفس في جميع الآيات التي ورد فيها ذكر الجهاد إلا في موضع واحد ، يقول - صلى الله عليه وسلم - : ( جاهدوا المشركين بأموالكم وأنفسكم وألسنتكم ) رواه أبو داود .وأحب الأعمال إلى الله كما جاء في الحديث ( سرور تدخله على مؤمن ، تكشف عنه كرباً ، أو تقضي عنه ديناً، أو تطرد عنه جوعاً ) ، رواه البيهقي ، وحسنه الألباني .والصدقة ترفع صاحبها حتى توصله أعلى المنازل ، قال - صلى الله عليه وسلم - : ( إنما الدنيا لأربعة نفر: عبد رزقه الله مالاً وعلماً فهو يتقي فيه ربه ، ويصل فيه رحمه ، ويعلم لله فيه حقاً فهذا بأفضل المنازل... ) رواه الترمذي .كما أنها تدفع عن صاحبها المصائب والبلايا ، وتنجيه من الكروب والشدائد ، وفي ذلك يقول - صلى الله عليه وسلم : ( صنائع المعروف تقي مصارع السوء والآفات والهلكات ، وأهل المعروف في الدنيا هم أهل المعروف في الآخرة ) رواه الحاكم وصححه الألباني .أضف إلى ذلك إطفاؤها للخطايا وتكفيرها للسيئات ، ومضاعفتها عند الله إلى أضعاف كثيرة ، ووقايتها من عذاب الله كما جاء في الحديث ( اتقوا النار ولو بشق تمرة ) رواه البخاري وغير ذلك من الفضائل .

Saturday 3 March 2012

MENCARI keceriaan di wajah, cahaya di hati

Abdullah Ibnu Abbas berkata" Sesungguhnya kebaikan itu adalah merupakan keceriaan di wajah, cahaya di hati, kelapangan rezeki dan kecintaan di hati manusia. Sedangkan keburukan itu merupakan kemuraman di wajah, kegelapan di hati, kelemahan di badan, kekurangan rezeki dan kebencian di dalam hati manusia".




Bersamalah kita memburu kecerahan di wajah, keceriaan di hati, kelapangan rezeki dan kecintaan hakiki dengan berusaha mencari dan memberi apa yang ada pada kita, kepada mereka yang amat memerlukan untuk mendapatkan redha Ilahi. Sumbangan untuk mengembirakan dan memberikan kemudahan kepada orang lain terutama dalam JIHAD PENDIDIKAN ini, adalah satu cabang kebajikan yang boleh kita berikan. Sumbangan kepada TABUNG PEMBANGUNAN AL-AMIN untuk menyediakan pendidikan Islam yang bakal melahirkan pewaris ilmu adalah amat dialu-alukan. Berdermalah, jika secara senyap, sesungguhnya ALLAH itu maha mengetahui. Kami boleh war-warkan di ruang ini insya-Allah jika mahu berkongsi untuk memberi motivasi kapada yang lain. Di samping kita berusaha bersama dan mengajak manusia ke arah kebaikan , perlu seiring untuk kita sendiri dan orang lain mencegah segala kemungkaran yang dimurkai ALLAH SWT. Hadis di atas, difahami dari natijah kedurhakaan kepada ALLAH, mencampakkan kemuraman di wajah.   Wallahu`allam.