Apabila orang soleh memiliki harta, ia mampu `membeli` dirinya daripada Allah S.W.T dan menebus dirinya daripada api neraka seperti maksud Al-Quran dalam Sural Al-Baqarah ayat 207 –‘ Dan antara manusia ada orang yang membeli dirinya kerana mencari keredhaan Allah, dan Allah Maha Penyantun kepada hamba-Nya`. Tidak rugi kita menyumbang sedikit sahaja harta/wang yang dipinjamkan kepada kita untuk membantu membangunkan tempat penyuburan ilmu, seperti di SRIAAB ini. SRIAAB adalah salah sebuah institusi Pendidikan Islam yang bermatlamat melahirkan para ilmuan yang cendiakawan yang seterusnya dapat menyebarkan ilmu yang mereka dapat kepada ummat Muhammad s.a.w di seluruh alam.
No comments:
Post a Comment