RUANG DAN PELUANG ‘Beramal jariah, Membersih harta dan jiwa, menyubur rezeki dan membantu ummah'
JOM JADI JUTAWAN
Sunday, 7 October 2012
MAGNETIC AURA....Penyembuh penyakit????
MAGNETIC AURA....Penyembuh penyakit????: Nabi kita yang disayangi Muhammad s.a.w bersabda: "Berubatlah , sesungguhnya Allah Azza Wajalla tidak meletakkan (kepada manusia) sesuat...
Jerslin Power Oil...Jualan untuk kebajikan
SALMI SOLUTION: Jerslin Power Oil...Jualan untuk kebajikan: K JERSLIN : Salah satu usaha kebajikan s ukarelawansriab dalam membantu menjana pendapatan sebanyak RM 3.5 juta untuk mendirikan satu ...
RAHSIA MINYAK BUT-BUT - Cubalah gunakan - membeli ...
RAHSIA MINYAK BUT-BUT - Cubalah gunakan - membeli ...: Salah satu usaha kebajikan s ukarelawansriab dalam membantu menjana pendapatan sebanyak RM 3.5 juta untuk mendirikan satu blok banguna...
Friday, 5 October 2012
USAHA SUKARELAWAN - mengumpul dengan BERNIAGA
Salah satu usaha kebajikan kami para sukarelawansriab@blogspot.com dalam
membantu menjana pendapatan sebanyak RM 3.5 juta dalam mendirikan satu blok
bangunan pendidikan enam tingkat Kompleks Pendidikan Islam SRI Al Amin
Bangi...ialah dengan menjual beberapa produk seperti ubatan herba keluaran bumiputera, yang diperkatakan baik dan halal yang insyaAllah berkesan membantu
penyembuhan beberapa jenis penyakit biiznillah.Sila lawat ke laman sesawang blog salmisolution@blogspot.com
Wednesday, 27 June 2012
CORETAN SEMARAK KASIH
Semarak Kasih: Air mata jadi saksi |
Selasa, 26 Jun 2012 05:14 , BANDAR BARU BANGI –Tanpa ibu bapa, tiadalah kita di dunia ini. Tanpa pengorbanan dan asuhan daripada mereka, kita mungkin tidak sehebat hari ini |
Bagi mengenang jasa dua insan istimewa ini, satu program khas yang dinamakan ‘Majlis Semarak Kasih’ (MSK) telah diadakan di Bangi Golf Resort pada pagi Sabtu, 23 Jun 2012. Penganjur, Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) Daerah Kajang, PIBG Sri Al-Amin Bangi dan Pengurusan Musolla Sri Al-Amin Bangi telah mula menjual tiket MSK ini sejak kira-kira dua bulan lepas. Sasaran awal kehadiran adalah 1,000 orang (100 meja) yang terdiri daripada ibu bapa yang diraikan, anak-anak serta ahli keluarga mereka. Bagaimanapun, kira-kira 800 orang yang menghadiri MSK pada hari tersebut sudah merupakan kejayaan besar bagi penganjur. Dr Mohd Faudzi Mohd Yusoff selaku Pengarah Bersama MSK berkata, jumlah tersebut memang sudah dijangka disebabkan sebahagian orang ramai membeli tiket sekadar untuk menyumbang tetapi memaklumkan mereka tidak dapat hadir. Namun yang mengejutkan, terdapat hadirin yang membawa bilangan ahli keluarga paling ramai – 54 orang! Sungguh indah menyaksikan para ibu bapa diiringi anak, menantu, cucu dan cicit berjalan ke meja yang disediakan. Lebih meriah apabila mendapati pihak Bangi Golf Resort menyediakan pengangkutan buggy untuk membawa hadirin dari tempat letak kereta yang kedudukannya agak jauh bagi ‘para tetamu penting’ yang sudah berusia. Majlis telah dikendalikan dengan jayanya secara bergilir oleh dua pengacara, Puan Halimah dan Prof Taufiq Yap. Bacaan al-Quran yang sungguh merdu daripada qari jemputan, Thufail Sayuti menerawang ke segenap dewan sebelum pengacara menjemput Yang Dipertua Ikram Kajang, Prof Ir Dr Kamal Nasharuddin Mustapha selaku penasihat program untuk menyampaikan ucapan, sekali gus merasmikan majlis. Antara lain, Dr Kamal mengucapkan tahniah dan syabas kepada pihak penganjur kerana berjaya merealisasikan satu program yang cukup bermakna buat para ibu bapa, selain dapat mengumpul dana untuk merancakkan aktiviti Ikram Kajang, PIBG dan juga pihak sekolah khususnya musolla. Yang Dipertua Ikram Selangor, Prof Madya Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus mengisi ruang ‘Bicara Semarak Kasih’ dengan mengajak hadirin sentiasa menggembirakan ibu bapa atas dasar iman dan ibadah. Memetik maksud ayat ke-19 dari surah an-Naml, beliau menerangkan bagaimana Nabi Sulaiman alaihissalam berdoa agar baginda dapat terus bersyukur dengan nikmat Allah dan tetap mengerjakan amalan yang soleh. “Antara tanda-tanda kesyukuran itu adalah menggembirakan ibu bapa kita. Hasil didikan merekalah kita menjadi seperti sekarang ini. Kesan daripada itu jugalah kita berusaha mendidik anak-anak kita supaya menjadi insan yang bertakwa. Sebab itu kita memilih Al-Amin sebagai sekolah anak-anak kita, supaya jiwa mereka soleh dan terpelihara,” katanya.“Hari ini kita dikumpulkan dalam majlis yang cukup indah. Bayangkanlah dan berdoalah agar kita nanti dikumpulkan kembali dalam majlis yang lebih indah iaitu di syurga Allah.” Deklamasi puisi Khadijah Hashim berjudul “Masih Lagi Ibu” oleh adik Izrina Harifin membuai emosi hadirin. Bagi yang tidak membawa ibu bersama, ingatan pasti terbang ke kampung halaman, bersua insan-insan tercinta itu di minda. Suasana syahdu bertukar ceria apabila adik Luqman Nul Hakim Kader dan Aqil Naufal Arman berduet menyampaikan sajak dengan sesekali bergaya ala choral speaking. Bagaimanapun, sekali lagi jiwa hadirin diusik dengan tayangan klip video lagu “Anak Soleh” dendangan Aeman. Ketika klip ini ditayangkan, jelas hampir semua orang menghayatinya, sebahagiannya dengan genangan air mata. Dalam mood inilah kemudiannya pengacara menjemput hadirin untuk mengungkapkan kata-kata penghargaan secara spontan kepada ibu bapa mereka. Menariknya, bukan anak-anak muda sahaja teruja untuk membuat ucapan, seorang warga emas dari Pahang turut bangun. Biarpun kedua-dua ibu bapa ‘pakcik’ ini telah menghadap Ilahi, beliau bersyukur dijemput ke majlis ini dan berpesan supaya anak-anak sentiasa berbuat baik kepada ibu bapa, lebih-lebih lagi ketika mereka masih di depan mata. Acara yang paling menyentuh hati juga adalah ketika anak-anak dipersilakan menyampaikan hadiah cenderamata kepada ayah serta ibu masing-masing. Ketika inilah para jurugambar dan juruvideo sibuk merakamkan detik-detik bersejarah yang tercipta. Pelukan, ciuman dan titisan air mata menjadi saksi kasih sayang, ketulusan dan keikhlasan... Acara pentas diteruskan dengan persembahan angklung dan nyanyian yang menggabungkan pelajar sekolah rendah dan menengah, diikuti nasyid oleh anak-anak Tadika Khalifah Bestari. Tetapi yang paling mendapat perhatian adalah persembahan pelajar-pelajar Pusat STAM Ikram. Kumpulan yang menggelarkan diri mereka “Huffaz” itu dianggotai Thufail, Akmal, Aiman, Azzam dan Amirul Hadi. Mereka menyampaikan tiga buah lagu termasuk “Syurga-Mu” (Ungu) dan “Muslim Country Kid” (Brothers) dengan paduan suara yang cukup harmoni sekali. Thufail sekali lagi memukau hadirin dengan ‘suara emas’nya. Majlis ditamatkan dengan bacaan doa pimpinan Ustaz Norsyazly Rameli dan sesi fotografi. Meskipun keadaan dewan tidak begitu ‘dingin’, secara keseluruhannya, program Majlis Semarak Kasih ini amat berjaya sekali. Ibu bapa diraikan, anak-anak terasa puas dan hadirin terhibur selain dapat membawa pulang cederamata dan hadiah misteri. Masing-masing mengharapkan program seperti ini bukanlah yang terakhir kerana sesungguhnya jasa dan pengorbanan ibu bapa membawa ke syurga, selamanya… |
Monday, 25 June 2012
SEMARAK KASIH sudah berputik...23 JUN 2012
SEMARAK Kasih, menyantuni ibu bapa telah berputik,,, program meraikan ibu bapa dan mereka yang disayangi, berjalan lancar, penuh dengan nostalgia... Ia akan mekar untuk dijadikan agenda tahunan Insya Allah.. ini sebahagian catatan dan foto kenangan yang sempat dikompailkan.
Kami ingat betapa cekalnya Abah menghadapi cabaran hidup membesarkan kami enam beradik. Acap kali baju Abah basah boleh diperah dek keringat kerana mencari rezeki.
Majlis Semarak Kasih hanya sekelumit penghargaan yang mampu kami berikan buat Mak dan Abah berbanding dengan selautan kasih dan segunung pengorbanan kalian".
Alhamdulillah, Majlis Semarak Kasih 2012 telah selamat dianjurkan pada 23 Jun 2012 yang lalu. Ucapan Penasihat Majlis Semarak Kasih merangkap YDP IKRAM Kajang, Prof Ir Dr Kamal memberi contoh pengorbanan bapa, seorang penarik beca yang mampu mendidik anak-anak hingga berjaya. Bicara Semarak Kasih oleh Prof Madya Ustaz Hasanuddin, YDP IKRAM Selangor, sarat dengan motivasi dan nasihat untuk kami sebagai anak-anak dan juga untuk para ibubapa yang diraikan. Betapa peluang meraih pahala yang Allah swt berikan kepada anak-anak dengan dilanjutkan usia ibubapa mereka. Begitu juga para ibubapa warga emas diberikan peluang untuk melipatgandakan pahala amal ibadah yang dilakukan dalam suasana lemah dan uzur. Kasih sayang berpanjangan antara suami isteri warga emas memberi kefahaman yang sungguh indah mengenai maksud perkataan "rahmah" selepas "sakinah" dan "mawaddah" yang terkandung dalam Surah Ar-Rum:21.
"Abah menitiskan airmata terharu. Lelaki warga emas ini mudah terusik
hatinya. Mak pula tertunduk malu apabila berhadapan kamera. Hadiah kami tidak
seberapa harganya. Tetapi ianya hasil kerja penuh kasih sayang cucunda Mak dan
Abah. Berhari-hari cucunda menyiapkan poster yang mengandungi semua gambar
anak-anak, menantu-menantu dan cucu-cucu Abah dan Mak untuk dihadiahkan sempena
Majlis Semarak Kasih.
Kami ingat betapa cekalnya Abah menghadapi cabaran hidup membesarkan kami enam beradik. Acap kali baju Abah basah boleh diperah dek keringat kerana mencari rezeki.
Mak juga melakukan pelbagai kerja selain tugas surirumah untuk membantu
Abah. Walau pendapatan keluarga tidak seberapa, tapi keberkatannya melimpah
ruah.
Majlis Semarak Kasih hanya sekelumit penghargaan yang mampu kami berikan buat Mak dan Abah berbanding dengan selautan kasih dan segunung pengorbanan kalian".
Alhamdulillah, Majlis Semarak Kasih 2012 telah selamat dianjurkan pada 23 Jun 2012 yang lalu. Ucapan Penasihat Majlis Semarak Kasih merangkap YDP IKRAM Kajang, Prof Ir Dr Kamal memberi contoh pengorbanan bapa, seorang penarik beca yang mampu mendidik anak-anak hingga berjaya. Bicara Semarak Kasih oleh Prof Madya Ustaz Hasanuddin, YDP IKRAM Selangor, sarat dengan motivasi dan nasihat untuk kami sebagai anak-anak dan juga untuk para ibubapa yang diraikan. Betapa peluang meraih pahala yang Allah swt berikan kepada anak-anak dengan dilanjutkan usia ibubapa mereka. Begitu juga para ibubapa warga emas diberikan peluang untuk melipatgandakan pahala amal ibadah yang dilakukan dalam suasana lemah dan uzur. Kasih sayang berpanjangan antara suami isteri warga emas memberi kefahaman yang sungguh indah mengenai maksud perkataan "rahmah" selepas "sakinah" dan "mawaddah" yang terkandung dalam Surah Ar-Rum:21.
Prof Taufiq Yap sebagai pengacara, menceriakan Majlis Semarak Kasih
dalam sesi hadiah misteri, hadiah bertuah, penyampaian cenderahati kepada
ibubapa dan sesi di mana hadirin mengungkapkan penghargaan kepada ibubapa
tersayang. Seorang warga emas bangun menyatakan bahawa dalam usia sebegitu,
beliau masih teringat jasa ibubapanya yang telah lama pergi. Yang mampu beliau
lakukan sekarang hanyalah menyedekahkan Al-Fatihah dan mendoakan mereka. Oleh
itu bagi yang masih mempunyai ayah dan ibu, santunilah mereka sementara peluang
masih ada.
Pelbagai persembahan sajak, poem, video clip, nasyid Tadika Khalifah
Bestari, angklung Sekolah Rendah Sri Al-Amin Bangi dengan iringan suara
pelajar-pelajar Sekolah Menengah Sri Al-Amin Bangi serta nasyid kumpulan Huffaz
dari Pusat STAM IKRAM menyuntik kesyahduan dan mendendangkan hiburan silih
berganti. Bakat anak-anak kita yang digilap dengan bimbingan guru-guru dan
sukarelawan ternyata mampu menyentuh hati dan menghiburkan hadirin.
Ramai yang menjayakan Majlis Semarak Kasih samada menyumbang idea, tenaga,
masa dan wang ringgit. Yang pasti, malaikat tidak lupa mencatit. 750 kerusi yang
terjual, satu bilangan yang bukan sedikit.
Kami para AJK menarik nafas lega. Pastinya ada banyak kelemahan yang perlu
kami perbaiki. Rasa penat dan lelah kini semakin hilang. Mudah-mudahan pahala
amal kerdil ini kekal tidak akan lekang.
~coretan AJK Majlis Semarak Kasih, anjuran IKRAM Kajang, PIBG Sri Al-Amin
Bangi dan Pengurusan Musolla Sri Al-Amin Bangi, untuk perkongsian. Semoga
bermanfaat.
Wednesday, 20 June 2012
Selamat Datang ke Majlis Semarak Kasih
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Penyumbang & pembeli tiket Semarak Kasih.....Selamat Datang dan selamat bersilaturrahim dalam perjumpaan mahabbah menyantuni mereka yang disayangi kerana Allah SWT. Kehadiran pada 23 hb Jun 2012 pukul 9.30 pagi hingga 1.30 tgh di Bangi Golf Resort, Bandar Baru Bangi, insya-Allah.. Adalah lebih baik jika kita ada sebarang hadiah kenangan (mengikut kemampauan masing-masing) untuk dihadiahkan kepada mereka yang kita sayangi pada majlis tersebut. Hadiah akan diberikan pada masa yang ditetapkan seperti dalam agenda secara serentak..
Semoga Majlis Semarak Kasih dibekarti dan
berjalan dengan lancar. Syabas dan terima kasih kepada semua urusetia PIBG dan
IKRAM Kajang yang menganjurkan Majlis ini.
Friday, 15 June 2012
Santunan Sayang ..membina Generasi Rabbani
Bermuafakat membina generasi Rabbani...Semua insan dituntut memainkan peranan yang besar dan berhikmah menyokong untuk melahirkan insan soleh wa musleh.Di sekolah sudah tentu peranan bersama warga pendidik dan ibu bapa amat penting seperti Hari Pelaporan yang diadakan tersebut. Berbincang merupakan satu penyelesaian. Anak-anak ahli syurga memerlukan bimbingan dari segi kognitif, psykmotor, efekif, spritul dan akhlaq, Mereka di kelilingi oleh lingkungan berwarna warni pelbagai. Suasana biah soleh, lingkungan alam harmoni yang sentiasa bertasybih dan bersyukur kepada Khaliq, interaksi dan kominikasi dengan linkungan maujud dan ghaib yang penuh kesantunan, menyediakan jalan yang lurus ini untuk kita dan mereka ke sana. Bersama bermuasabah diri, mencari nur hidayah, keberkatan di atas satu jalan yang sama menjadi hamba Allah dan Khalifah Allah yang terpuji dan dikehendaki.
Ahlan wa sahlan, wa marhaban bikum:
wasahlan..
SEMARAK KASIH : SANTUNAN SAYANG
Salam dalam Iman dan kebarkatan semua pengunjung net yang dihoramati.
Masih ada masa, ruang dan peluang untuk kita hadir, meyumbang dan beramal dalam Majlis ini. Majlis Tazkirah, maljlis berukhuwahfillah, Liqa Keluarga dan menyantuni mereka yang kita sayang..malah menyantuni sekolah, PIBG yang kita sayang. Sayang antum boleh diwakilkan kepada anak-anak di Al-Amin, Muallim & Muallimah, staf, Ibu-ibu tunggal, atau anak-anak yatim atau mereka yang mengharapkan ...jika kita tiada kelapangan turut hadir Dalam Majlis Rabbatul Am tersebut..
JZKK kepada mereka yang telah memberikan komitmen, kerjasama, keperhatinan, bantuan dan sokongan serta yang mewar-warkan kepada rakan-rakan yang lain. Hanya Allah sahaja yang memberi ganjaran,
Untuk dapatkan tiket dan keterangan lanjut sila hubungi:
Kak Ani 0192658637 atau Kak Pah 0192736292 atau Kak Yan 019333733
JZKK
Tuesday, 15 May 2012
SEMARAK KASIH khas untuk guru-guru SRI AL-AMIN BANGII
Dedikasi khas untuk guru-guru di SRI AL-AMIN BANGI atas pengorbanan, jasa, dedikasi dan istiqamah mereka mendidik anak-anak tanpa mengenal jemu dan penat lelah. Sesiapa yang bermurah hati untuk menaja tapak nukilan kasih ini dalam ALBUM SEMARAKI KASIH 23 JUN 2012.
SATU MUKA SURAT (A4) : RM 500.00
SETENGAH MUKA SURAT : RM 350.00
SUKU MUKA SURAT : RM 200.00
Saturday, 12 May 2012
NUKILAN KASIH ...sempena hari IBU
Mencari sponsor untuk mengabadikan nukilan seperti ini dalam buku cenderamata `SEMARAK KASIH PADA 23 JUN di Bangi Golft Resort. Sponsor dalam bentuk membeli ruang iklan atau nukilan yang berharga seperti berikut:
satu muka surat : RM500.00
setengah muka surat : RM 350.00
suku muka surat : RM 200.00
Kad Nama : RM 50.00
urusetia SEMARAK KASIH juga mengalu-alukan sumbangan anda dalam mengiklankan produk/perniagaan masing-masing atau mengabadikan nukilan kasih kepada sesiapa sahaja yang disayangi...... hubungi kami: 019736292
Friday, 11 May 2012
Menyumbang dengan NUKILAN KASIH dalam BUKU cenderamata ALBUM KASIH 23 JUN 2012
MENYUMBANGLAH DENGAN MEMBELI RUANG IKLAN ATAU RUANG NUKILAN KASIH dalam ALBUM KASIH bersaiz A4 dengan kadar berikut: Tarikh akhir penghantaran pada 30 Mei 2012.
Muka penuh : RM 500.00
setengah Muka: RM 350.00
suku muka : RM 200.00
Kad Nama : RM 50.00
HUBUNGI : 0192736292 untuk keterangan lanjut.
contoh- contoh NUKILAN KASIH UNTUK IBU AYAH:
Muka penuh : RM 500.00
setengah Muka: RM 350.00
suku muka : RM 200.00
Kad Nama : RM 50.00
HUBUNGI : 0192736292 untuk keterangan lanjut.
contoh- contoh NUKILAN KASIH UNTUK IBU AYAH:
Wednesday, 9 May 2012
Doa untuk IBUBAPA sepanjang masa ..Hari lebih istimewa pada 23Jun 12
Ya Allah
Rendahkanlah suara kami bagi mereka
Perindahlah ucapan kami di depan mereka
Lunakkanlah watak kami terhadap mereka dan
Lembutkan hati kami untuk mereka
Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas didikan mereka pada kami dan Pahala yang besar atas kesayangan yang mereka limpahkan pada kami,peliharalah mereka sebagaimana mereka memelihara kami.
Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana kami atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatan kami jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu .
ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.
Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelum kami,
Izinkanlah mereka memberi syafa’at untuk kami.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah kami memberi
syafa’at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu… .
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.
Ameen Ya Rabbal Alamin..
ANAK-ANAK MU keluarga Pantai Damai
Rendahkanlah suara kami bagi mereka
Perindahlah ucapan kami di depan mereka
Lunakkanlah watak kami terhadap mereka dan
Lembutkan hati kami untuk mereka
Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas didikan mereka pada kami dan Pahala yang besar atas kesayangan yang mereka limpahkan pada kami,peliharalah mereka sebagaimana mereka memelihara kami.
Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana kami atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatan kami jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu .
ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.
Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelum kami,
Izinkanlah mereka memberi syafa’at untuk kami.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah kami memberi
syafa’at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu… .
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.
Ameen Ya Rabbal Alamin..
ANAK-ANAK MU keluarga Pantai Damai
Monday, 7 May 2012
Wednesday, 25 April 2012
Jom SANTUNI IBU BAPA, SEMASA USIA MEREKA DAN KITA MASIH TERSISA
now it's time for you to rise
for all the things you sacrificed....
and it's not too late......
....I'd like to put a smile on your face everyday
....you know you are the number one for me...
NUMBER ONE FOR ME ^__^
lagu ini menyentuh jutaan jiwa...
tak kurang yang mengalirkan air mata T-T
selagi ada masa
sahutlah peluang yang ada..
untuk membahagiakan mereka..
sementara hayat masih tersisa....
23 Jun ini..
Jom raikan
ibu bapa kita
di
Majlis Semarak Kasih
selain daripada menghargai jasa ibu bapa dalam majlis ini, anda turut membantu Pertubuhan IKRAM Malaysia (Daerah Kajang), PIBG Sri Al-Amin Bangi serta Tabung Pengurusan Musolla Sri Al-Amin Bangi untuk mengumpul dana bagi membiayai aktiviti-aktiviti kebajikan, pendidikan dan sumbangan sosial.
Tempah tempat anda & ibu bapa hari ini!!
Tempat terhad
URUSETIA UNIT PROMOSI;
HUBUNGI : O192736292/ ssalmiyah@yahoo.com
Sunday, 22 April 2012
CATATAN naluri salah seorang Penjaga semaa Hari TAKRIM
Saya tiba di Dewan Sekolah Menengah Sri Amin semasa Asmaul Husna dialunkan. Sejurus itu bacaan ayat-ayat dari Surah Luqman diperdengarkan dengan syahdu diselangseli dengan terjemahannya. Firman Allah swt yang mengisahkan pesanan Luqman kepada anaknya menjadi santapan rohani bagi hadirin.
Di dalam ucapan aluan Pengetua, Beliau mengupas tema Hari Takrim iaitu 'Muslim Berilmu Pencetus Masa Depan Ummah'. Cabaran kita ialah bagaimana memupuk budaya ilmu di kalangan pelajar agar mereka bangkit untuk menjejaki langkah umat Islam terdahulu. Mereka cemerlang di bidang keilmuan dan berjaya menjadikan negara Islam sebagai hab ilmu pengetahuan serta tempat rujukan dunia.
Penasihat Sri Al-Amin ( YDP IKRAM Daerah Kajang) dalam ucapan perasmian mengimbau sejarah Sri Al-Amin yang bermula dalam suasana daif di masjid lama Serdang. Kemudian Sri Al-Amin berhijrah ke Sungai Tangkas di dalam suasana di kelilingi ladang kelapa sawit. Kini Sri Al-Amin berjiran dengan taman perumahan, rumah kedai malah apartmen yang tinggi. Sri Al-Amin bukanlah sekadar bangunan sekolah tetapi ianya adalah institusi pendidikan yang membina pemimpin soleh dan musleh untuk negara dan mungkin dunia satu hari nanti.
Visi besar hanya dapat dicapai dengan sumbangan setiap dari kita ibubapa dalam kapasiti masing-masing. Selain sumbangan wang ringgit dan tenaga, penghargaan melalui emel sebagai contoh mampu memberi suntikan semangat kepada warga Sri Al-Amin. Komen dan cadangan dialu-alukan dan seharusnya disalurkan secara berhikmah supaya langkah positif dapat kita usahakan bersama.
Beliau juga menasihatkan bahawa setiap pencapaian mahupun 1A, 2A dan seterusnya adalah kejayaan. Yang penting, kita menanamkan sifat orang berjaya di mana hari esok adalah lebih baik dari hari ini.
Penyampaian hadiah pelbagai kategori kedatangan terbaik, hafazan terbaik, peningkatan prestasi terbaik, akademik terbaik dan akhlak SPPIM diselangseli dengan persembahan nasyid, penyampaian cerita Bahasa Arab dan syair. Anak-anak kita memang berbakat dalam bidang nasyid. Persoalannya ialah bagaimana menggilap bakat mereka. Ada di kalangan ibubapa yang berbakat seni boleh membantu? Walaupun tidak memahami Bahasa Arab, saya menumpukan perhatian kepada cerita Bahasa Arab yang disampaikan dengan begitu fasih. Saya dimaklumkan bahawa pencerita Bahasa Arab mendapat tempat pertama di dalam pertandingan bercerita Bahasa Arab yang di adakan di IPG Selangor (dahulunya MPI). Persembahan syair juga menarik kerana diselangselikan dengan iringan percussion. Bakat percussionists begitu terserlah walaupun mereka masih di peringkat menengah rendah.
Acara kemuncak Hari Takrim ialah penyampaian anugerah SPPIM Cemerlang, PMR Cemerlang serta pelbagai kategori Usahawan Muda, Sukan Cemerlang, KRS Cemerlang, Kokurikulum Cemerlang, Kreatif dan Inovatif, Kepimpinan dan Pelajar Mithali.
Pelajar lepasan SPM 2011 yang dinobatkan dengan anugerah Kepimpinan, Asma’ Abu Bakar, ialah Nurul Hana binti Amran sementara anugerah Pelajar Mithali, Zainab Al-Ghazali, ialah Hanifah binti Jailani. Selain kecemerlangan akademik, penglibatan aktif kokurikulum dan akhlaq yang baik, kedua pelajar ini sentiasa menyumbang bakti kepada sekolah dan membimbing adik-adik pelajar. Airmata saya turut bergenang menumpang kegembiraan dan kesyukuran kedua ibubapa mereka di samping mensyukuri kejayaan anak-anak sendiri.
Alhamdulillah, kita mensyukuri kejayaan anak-anak kita walau sekecil mana pun pencapaian mereka. Kita terus mendoakan mereka samada yang berjaya mahupun yang belum berjaya. Kejayaan buat kita ibubapa ialah apabila mereka sering mendoakan kita apatah lagi apabila kita tiada di dunia. Kejayaan yang hakiki ialah apabila kita semua lulus perhisaban di Mahsyar nanti.
**Sekadar coretan untuk perkongsian. Mohon maaf sekiranya ada salah dan silap. Harap diperbetulkan. Jutaan terima kasih, jazakumullahu khairan kathira kepada warga pendidik, staf, ibubapa dan semua yang menjadi asbab kepada kejayaan dianugerahkan Allah swt kepada anak-anak kita.
~Halimah
Desa Al-Amin
Saturday, 21 April 2012
Monday, 16 April 2012
Elakkan jadi Orang BAKHIL
Ingatlah, kamu ini orang-orang yang diajak untuk
menafkahkan (hartamu) pada jalan Allah. Maka di antara kamu ada yang bakhil,
dan sesiapa yang bakhil sesungguhnya dia hanyalah bakhil terhadap dirinya
sendiri, dan Allahlah yang Maha Kaya sedangkan kamulah orang-orang yang sangat
berhajat kepada pertolongan Allah; dan jika kamu berpaling daripada menegakkan
agama Allah (Islam) nescaya dia akan mengganti (kamu) dengan kaum yang lain;
dan mereka tidak akan seperti kamu ini. (Surah Muhammad: 38)
Firman Allah dan ucapan ini menjadi kenyataan, apabila
bangsa Arab yang memimpin umat Islam tidak lagi berpegang kepada Islam kerana
leka dengan kuasa yang dijadikan peluang mengumpul harta kekayaan dan kemewahan,
tetapi bakhil dengan harta pinjaman yang dimiliki. Maka Allah menukarkan
kepimpinan kepada kalangan kaum bangsa bukan Arab, penganut Islam yang
berpegang dengan Islam yang sempurna secara silih berganti di kalangan berbagai
bangsa yang menganut Islam dan beramal dengannya dalam seluruh cara hidup.
Apabila seluruh bangsa umat Islam, terpahat rasa bakhil, bersemangat bangsa
masing-masing dan berpuak, Islamnya menjadi sampingan amalan peribadi
masing-masing, sehingga cara hidup dalam urusan politik, ekonomi, pendidikan
dan lain-lain dipisahkan daripada Islam, tunggulah peringatan Allah SWT, Bahawa
IA akan menggantikannya dengan kaum yang lain.
Jom keluarkan sedikit harta yang kita ada
untuk bersedekah kepada siapa sahaja yang memerlukan kerana Allah.
Wednesday, 11 April 2012
Syukur : Banyakkan MEMBERI akan lebih banyak MENERIMA
Ingin BERJAYA dalam hidup? Bantulah insan lain untuk LEBIH BERJAYA…Ingin
BAHAGIA dalam hidup? Bantulah insan lain untuk LEBIH BAHAGIA…Ingin KAYA dalam
hidup? Bantulah insan untuk LEBIH KAYA dan akhir sekali INGIN MENIKMATI IMPIAN
DIRI? Bantulah insan lain untuk MEMBINA IMPIAN mereka, insyaAllah mudah-mudahan
dengan murni kasih dan keindahan ukhwah yang dipanjangkan Allah juga akan
mempermudahkan perjalanan kita menikmati IMPIAN yang diidam-idamkan.Janji Allah
yang pasti…infaqkanlah masa, tenaga, wang ringgit, doa, buah fikiran, sokongan
dalam perjalanan insyaAllah INDAH, HARUM & MANIS pasti akan menanti!Yang
pasti HARUS YAKIN dengan JANJI ALLAH…when U believe insyaAllah you will
RECEIVED! .. drp ..P Aniz (Klinik Suksess) lihat websitenya dengan mengakses ke lamannya.
MOHON MASUK KE INSTITUSI TARBIYAH
Institusi Tarbiyah untuk melahirkan insan soleh wa musleh kini dibuka, untuk kemasukan pembelajaran tahun satu 2013. WOW begitu hebat institusi ini, peluang untuk memohon hanya sebulan. Bagi mereka yang kurang kepekaan tentang tempoh permohonan ini, sudah tentulah akan kecewa...nanti. Permohonan yang ramai di kalangan ibu bapa yang mahukan anak mereka terdidik dalam bi`ah soleh, sudah tentulah berebut-berebut untuk memohon walaupun sekolah ini berbayar?. Kenapa perlu bayar? walhal sekolah di luar sana percuma, 100 peratus percuma. Pasti sekolah rebutan ini ada kelaianannya. Yang menjadikan kelainan ialah sekolah yang inginkan `kemenjadian insannya` ini berbahagia hidup di dunia dan di akhirat. Institusi yang menekankan pendidikan ke destinasi kampung akhirat SYURGA FIRDAUSI.
BERSAMALAH KITA MENYOKONG DENGAN MENYUMBANG WANG RINGGIT FISABILLAH UNTUK MEMBANGUNKAN SEKOLAH INI.
Sunday, 8 April 2012
SLOGAN BERSEGERA KEPADA
أخي الحبيب: نحن في أيام هامة جدا شعارها"ففروإلي
الله:-)
١..الصيام .القيام ٢, القيام ٣ .....القيام ٣ ...التلاوة وذكر الله كثيرا ٤ ...الاستغفاروالتوبة ٥ ...الصدقة
والانفاق ٦ ...الدعاء للجماعة والقيادة بالتوفيق وثقوا في وعد الله.. انشر
Saudara yang dikasihi, kita berada di hari-hari yang amat-amat penting:- Slogannya ialah: bersegeralah kepada Allah, dengan:
1. puasa.
2. qiyam.
3. tilawah
dan banyak mengingati Allah.
4.
istighfar dan taubat.
5. sedekah dan infaq.
6. doa untuk jamaah dan pimpinan supaya mendapat taufik serta yakin dengan janji Allah.
6. doa untuk jamaah dan pimpinan supaya mendapat taufik serta yakin dengan janji Allah.
Sebarkan, moga mendapat
ganjaran
Thursday, 5 April 2012
RAYUAN SUMBANGAN DARIPADA AKTIVIS AQSYA SYARIF
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang telah memberikan kita nikmat
yang tersangat banyak, tak terkira dan tak mampu untuk dibalas. Dia memberikan
kita nikmat hidup, nyawa, pancaindera, akal, keluarga, masa, dan harta..
Terdapat banyak ayat dalam al-Quran yang memperlihatkan bahawa Allah
sendiri ingin menguji adakah manusia ini bersyukur dengan nikmatNya. Bagaimana
bersyukur ? Banyak caranya, melalui perkataan, perbuatan dan hati.
Oleh kerana Allah jualah yang memberikan segala nikmat yang kita lihat
dan tak lihat , maka tidaklah perlu dinilai seseorang hamba itu dengan
banyaknya harta dan nikmat, tetapi Allah mahu melihat kesan syukur kita pada
nikmat yang diberikanNya itu kepada kita, iaitu antaranya dengan melakukan amal
kebajikan.
Sabda Rasulullah s.a.w pula : Sesungguhnya Allah tidak melihat (untuk
penilaian) kamu pada rupa dan harta kamu. Sebenarnya Allah melihat kepada hati
dan amalan kamu.
Nah… di sini saya ingin menyentuh berkenaan salah satu amal kebajikan
yang boleh dijadikan bukti bersyukur itu sendiri, iaitu : bersedekah atau infaq
di jalan Allah.
Tahukah anda ? Ya. Saya yakin anda yang membaca tulisan ini telah pun
tahu : Pahala bersedekah adalah sangat besar, dan boleh digandakan oleh Allah
sehingga 700 kali ganda, seperti dalam firmanNya :
مَّثَلُ
الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ
أَنبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنبُلَةٍ مِّائَةُ حَبَّةٍ ۗ وَاللَّـهُ
يُضَاعِفُ لِمَن يَشَاءُ ۗ وَاللَّـهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ ﴿٢٦١﴾
Maksudnya
: {{ Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan
Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai;
tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan
melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas
(rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.}} – surah al-Baqarah
ayat 261
Sedekah itu banyak caranya, ada yang berbentuk perbuatan, ada yang
berbentuk harta benda. Sedekah yang berbentuk perbuatan sangat banyak. Sekali
lagi, saya anggap anda semua sudah mendengar hadith Kullu Sulama ini :
عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ
عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : كُلُّ
سُلاَمَى مِنَ النَّاسِ عَلَيْهِ صَدَقَةٌ، كُلُّ يَوْمٍ تَطْلُعُ فِيْهِ
الشَّمْسُ تَعْدِلُ بَيْنَ اثْنَيْنِ صَدَقَةٌ، وَتُعِيْنُ الرَّجُلَ فِي
دَابَّتِهِ فَتَحْمِلُهُ عَلَيْهَا أَوْ تَرْفَعُ لَهُ عَلَيْهَا مَتَاعَهُ
صَدَقَةٌ وَالْكَلِمَةُ الطَّيِّبَةُ صَدَقَةٌ، وَبِكُلِّ خُطْوَةٍ تَمْشِيْهَا
إِلَى الصَّلاَةِ صَدَقَةٌ وَ تُمِيْطُ اْلأَذَى عَنِ الطَّرِيْقِ صَدَقَةٌ [رواه
البخاري ومسلم]
Terjemah hadits / ترجمة الحديث :
Daripada Abu Hurairah radhiallahuanhu dia berkata : Rasulullah s.a.w
bersabda : (( Setiap anggota tubuh manusia wajib disedekahi, setiap hari di
mana matahari terbit lalu engkau berlaku adil terhadap dua orang (yang
bertikai) adalah sedekah, engkau menolong seseorang yang berkenderaan lalu
engkau bantu dia untuk naik kenderaannya atau mengangkatkan barangnya adalah
sedekah, ucapan yang baik adalah sedekah, setiap langkah ketika engkau berjalan
menuju solat adalah sedekah; dan menghilangkan gangguan dari jalan adalah
sedekah.))
Kamaruzzaman
bin Abd Rahim
مسؤول
تنفيذي - العلاقات العامة
Executive,
Public Relation
Aqsa
Syarif Berhad | Malaysia
Tuesday, 3 April 2012
MENCARI REZEKI YANG BERKAT
DENGAN memberi tidak sekali-kali `apa yang diberikan itu berkurang`.Di sisi Allah sesungguhnya `apa yang diberikan itu` akan bertambah 700 kali ganda. Setiap harta yang yang dibelanjakan pada jalan Allah dianalogikan setiap benih akan bertambah menjadi tujuh tangkai dan setiap tangkai pula akan berhasil menjadi 100 biji. Natijahnya apa yang diberikan/disumbangkan ke jalan Allah akan bertambah 700 kali ganda...MasyaAllah banyaknya rezeki yang diterima. Rezeki bukan sahaja dalam bentuk wang ringgit, harta benda, malah apa sahaja nikmat yang dipinjamkan kepada kita, seperti ilmu, kesihatan, sahabat, masa lapang, idea, keupayaan dan kesungguhan untuk melaksanakan kebajikan dan ibadah. Berilah `lima perkara sebelum lima perkara`??? agar rezeki kita bertambah berlipat kali ganda.
Wednesday, 21 March 2012
Belajarlah Memberi Sebelum Menerima...Aniz Anwar
Anak-anak SRIAAB dengan uniform Kadet Remaja MUSLEH
copy email drp Klinik sukses - tentang bersedekah
Sharifah Ingin Menikmati IMPIAN?? Belajarlah Memberi Sebelum Menerima...
Salam Harmoni...Salam Kerinduan buat Sharifah!
Apa khabar agaknya Sharifah minggu ini? Semua OK? He He He
OKlaakan insyaAllah dapat titipan INSPIRASI dari Puan Aniz ;)
Alhamdulillah bertemu kembali setelah lama menyepi selepas dirai
menjadi tetamu Allah & tetamu Rasulullah;
Subhanallah banyak sekali HIKMAH yang saya pelajari melewati
perjalanan ini sebelum menunaikan umrah dan selepas menunaikannya. Cuma SATU RESEPI RINGKAS yang ingin saya kongsikan dengan Sharifah khususnya dalam MENIKMATI IMPIAN yang Sharifah idam-idamkan tidak kiralah mengimpikan pasangan mahupun ikatan suci sebuah perkahwinan, perniagaan yang sukses, keluarga yang harmoni, kesihatan dan kesejahteraan, kekayaan atau apa sahaja KETAHUILAH salah satu CARA TERPANTAS untuk memilikinya ....Jeng Jeng Jeng...
Mau percaya atau TIDAK tetapi yang JELAS saya dan suami yang kini sedang mempraktikkanya menjadi TERHIBUR dengan khabar-khabar bahagia yang selama ini dinantikan iaitu dengan JALAN
SEDEKAH. Maksudnya disini ;alhamdulillah harinie kami LEBIH
MENGERTI DAN BERBAHAGIA APABILA MEMBERI KEPADA KEHIDUPAN INI.INFAQKANLAH HARTA, MASA, JIWA, TENAGA UNTUK MEMBERI MANFAAT KEPADA ORANG LAIN KERANA ALLAH SWT. BANTULAH INSAN LAIN MEMBINA "IMPIAN MEREKA", insyaAllah mudah-mudahan Allah mengabulkan impian kita pula walaupun sememangnya terkadang tidak pernah terlintas untuk dibalas Allah dengan kebaikan dan IMPIAN dengan kadar yang begitu pantas... syukur alhamdulillah, RAHMAT & KASIH ALLAH melengkapi dan memperindahkan perjalanan ini.
Boleh sahaja dimulai dengan bersedekah seikhlas untuk tabung
masjid, biayai anak yatim, berbakti kepada orang tua (paling
pantasnie...), membantu sahabat yang kesusahan, kesedihan dan
pelbagai lagi YANG JELAS apabila bersedekah atau melakukan
kebaikan harus diiringi dengan NIAT dan HADIRKAN DI HATI semoga "KEBAIKAN YANG DILAKUKAN INI ALLAH AKAN MEMBANTU MEMAKBULKAN IMPIANKU ~ lintaskanlah di hati 'APA IMPIAN" Sharifah itu, insyaAllah mudah-mudahan RESEPI ini menjadi untuk Sharifah meraih dan menikmati impian Sharifah yang diidam-idamkan. Sememangnya mudah dan tak susah langsung yang PALING PENTING hadirkan di hati dan mohonlah pada Allah pemilik segala kebaikan dan kehebatan di dunia dan isi alam ini
Salam Harmoni...Salam Kerinduan buat Sharifah!
Apa khabar agaknya Sharifah minggu ini? Semua OK? He He He
OKlaakan insyaAllah dapat titipan INSPIRASI dari Puan Aniz ;)
Alhamdulillah bertemu kembali setelah lama menyepi selepas dirai
menjadi tetamu Allah & tetamu Rasulullah;
Subhanallah banyak sekali HIKMAH yang saya pelajari melewati
perjalanan ini sebelum menunaikan umrah dan selepas menunaikannya. Cuma SATU RESEPI RINGKAS yang ingin saya kongsikan dengan Sharifah khususnya dalam MENIKMATI IMPIAN yang Sharifah idam-idamkan tidak kiralah mengimpikan pasangan mahupun ikatan suci sebuah perkahwinan, perniagaan yang sukses, keluarga yang harmoni, kesihatan dan kesejahteraan, kekayaan atau apa sahaja KETAHUILAH salah satu CARA TERPANTAS untuk memilikinya ....Jeng Jeng Jeng...
Mau percaya atau TIDAK tetapi yang JELAS saya dan suami yang kini sedang mempraktikkanya menjadi TERHIBUR dengan khabar-khabar bahagia yang selama ini dinantikan iaitu dengan JALAN
SEDEKAH. Maksudnya disini ;alhamdulillah harinie kami LEBIH
MENGERTI DAN BERBAHAGIA APABILA MEMBERI KEPADA KEHIDUPAN INI.INFAQKANLAH HARTA, MASA, JIWA, TENAGA UNTUK MEMBERI MANFAAT KEPADA ORANG LAIN KERANA ALLAH SWT. BANTULAH INSAN LAIN MEMBINA "IMPIAN MEREKA", insyaAllah mudah-mudahan Allah mengabulkan impian kita pula walaupun sememangnya terkadang tidak pernah terlintas untuk dibalas Allah dengan kebaikan dan IMPIAN dengan kadar yang begitu pantas... syukur alhamdulillah, RAHMAT & KASIH ALLAH melengkapi dan memperindahkan perjalanan ini.
Boleh sahaja dimulai dengan bersedekah seikhlas untuk tabung
masjid, biayai anak yatim, berbakti kepada orang tua (paling
pantasnie...), membantu sahabat yang kesusahan, kesedihan dan
pelbagai lagi YANG JELAS apabila bersedekah atau melakukan
kebaikan harus diiringi dengan NIAT dan HADIRKAN DI HATI semoga "KEBAIKAN YANG DILAKUKAN INI ALLAH AKAN MEMBANTU MEMAKBULKAN IMPIANKU ~ lintaskanlah di hati 'APA IMPIAN" Sharifah itu, insyaAllah mudah-mudahan RESEPI ini menjadi untuk Sharifah meraih dan menikmati impian Sharifah yang diidam-idamkan. Sememangnya mudah dan tak susah langsung yang PALING PENTING hadirkan di hati dan mohonlah pada Allah pemilik segala kebaikan dan kehebatan di dunia dan isi alam ini
Subscribe to:
Posts (Atom)