JOM JADI JUTAWAN

JOM JADI JUTAWAN
HANYA RM1.00 UNTUK JADI JUTAWAN..dermalah

Wednesday, 27 June 2012

CORETAN SEMARAK KASIH

Semarak Kasih: Air mata jadi saksi PDFCetakE-mail Share on MySpace
Selasa, 26 Jun 2012 05:14 ,
BANDAR BARU BANGI –Tanpa ibu bapa, tiadalah kita di dunia ini.
Tanpa pengorbanan dan asuhan daripada mereka, kita mungkin
tidak sehebat hari ini

Majlis Semarak Kasih
 
Majlis Semarak Kasih

Bagi mengenang jasa dua insan istimewa ini, satu program khas
yang dinamakan ‘Majlis Semarak Kasih’ (MSK) telah diadakan
di Bangi Golf Resort pada pagi Sabtu, 23 Jun 2012.
Majlis Semarak Kasih
Penganjur, Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) Daerah Kajang,
PIBG Sri Al-Amin Bangi dan Pengurusan Musolla Sri Al-Amin Bangi
 telah mula menjual tiket MSK ini sejak kira-kira dua bulan lepas.
Sasaran awal kehadiran adalah 1,000 orang (100 meja) yang
terdiri daripada ibu bapa yang diraikan, anak-anak serta ahli keluarga mereka.

Bagaimanapun, kira-kira 800 orang yang menghadiri MSK pada hari
tersebut sudah merupakan kejayaan besar bagi penganjur.
Dr Mohd Faudzi Mohd Yusoff selaku Pengarah Bersama MSK berkata,
 jumlah tersebut memang sudah dijangka disebabkan sebahagian
 orang ramai membeli tiket sekadar untuk menyumbang tetapi
 memaklumkan mereka tidak dapat hadir. Namun yang
mengejutkan, terdapat hadirin yang membawa bilangan
ahli keluarga paling ramai – 54 orang!
Majlis Semarak Kasih
Sungguh indah menyaksikan
 para ibu bapa diiringi anak,
 menantu, cucu dan cicit berjalan
 ke meja yang disediakan.
Lebih meriah apabila mendapati
 pihak Bangi Golf Resort menyediakan
pengangkutan buggy untuk
membawa hadirin dari tempat
 letak kereta yang kedudukannya
 agak jauh bagi ‘para tetamu
penting’ yang sudah berusia.

Majlis telah dikendalikan dengan jayanya secara bergilir oleh
 dua pengacara, Puan Halimah dan Prof Taufiq Yap.
 Bacaan al-Quran yang sungguh merdu daripada qari jemputan,
Thufail Sayuti menerawang ke segenap dewan sebelum
pengacara menjemput Yang Dipertua Ikram Kajang,
 Prof Ir Dr Kamal Nasharuddin Mustapha selaku penasihat
 program untuk menyampaikan ucapan, sekali gus merasmikan majlis.
Antara lain, Dr Kamal mengucapkan tahniah dan syabas kepada
 pihak penganjur kerana berjaya merealisasikan satu program
 yang cukup bermakna buat para ibu bapa, selain dapat
 mengumpul dana untuk merancakkan aktiviti Ikram Kajang,
PIBG dan juga pihak sekolah khususnya musolla.

Yang Dipertua Ikram Selangor, Prof Madya Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus
mengisi ruang ‘Bicara Semarak Kasih’ dengan mengajak hadirin
 sentiasa menggembirakan ibu bapa atas dasar iman dan ibadah.
Memetik maksud ayat ke-19 dari surah an-Naml, beliau menerangkan
bagaimana Nabi Sulaiman alaihissalam berdoa agar baginda dapat
terus bersyukur dengan nikmat Allah dan tetap
 mengerjakan amalan yang soleh.
“Antara tanda-tanda kesyukuran itu adalah menggembirakan
 ibu bapa kita. Hasil didikan merekalah kita menjadi seperti
sekarang ini. Kesan daripada itu jugalah kita berusaha
mendidik anak-anak kita supaya menjadi insan yang bertakwa.
 Sebab itu kita memilih Al-Amin sebagai sekolah anak-anak kita,
supaya jiwa mereka soleh dan terpelihara,” katanya.“Hari ini kita
dikumpulkan dalam majlis yang cukup indah. Bayangkanlah
dan berdoalah agar kita nanti dikumpulkan kembali dalam
majlis yang lebih indah iaitu di syurga Allah.”
Majlis Semarak Kasih Majlis Semarak Kasih
Deklamasi puisi Khadijah Hashim berjudul “Masih Lagi Ibu”
 oleh adik Izrina Harifin membuai emosi hadirin. Bagi yang
tidak membawa ibu bersama, ingatan pasti terbang ke
kampung halaman, bersua insan-insan tercinta itu di minda.
Majlis Semarak Kasih 
Suasana syahdu bertukar ceria apabila adik Luqman Nul Hakim Kader
 dan Aqil Naufal Arman berduet menyampaikan sajak dengan sesekali
bergaya ala choral speaking. Bagaimanapun, sekali lagi jiwa hadirin
 diusik dengan tayangan klip video lagu “Anak Soleh” dendangan Aeman.
Ketika klip ini ditayangkan, jelas hampir semua orang menghayatinya,
 sebahagiannya dengan genangan air mata.
Majlis Semarak KasihDalam mood inilah kemudiannya
pengacara menjemput hadirin untuk
 mengungkapkan kata-kata penghargaan
secara spontan kepada ibu bapa mereka.
Menariknya, bukan anak-anak muda sahaja
 teruja untuk membuat ucapan, seorang
warga emas dari Pahang turut bangun.
Biarpun kedua-dua ibu bapa ‘pakcik’ ini
 telah menghadap Ilahi, beliau bersyukur
dijemput ke majlis ini dan berpesan
supaya anak-anak sentiasa berbuat baik kepada ibu bapa, lebih-lebih
lagi ketika mereka masih di depan mata.
Acara yang paling menyentuh hati juga adalah ketika anak-anak
dipersilakan menyampaikan hadiah cenderamata kepada ayah
serta ibu masing-masing. Ketika inilah para jurugambar dan
 juruvideo sibuk merakamkan detik-detik bersejarah yang tercipta.
 Pelukan, ciuman dan titisan air mata menjadi saksi kasih sayang,
ketulusan dan keikhlasan...
Acara pentas diteruskan dengan persembahan angklung
 dan nyanyian yang menggabungkan pelajar sekolah rendah
dan menengah, diikuti nasyid oleh anak-anak Tadika Khalifah Bestari.
Tetapi yang paling mendapat perhatian adalah persembahan
 pelajar-pelajar Pusat STAM Ikram. Kumpulan yang menggelarkan
 diri mereka “Huffaz” itu dianggotai Thufail, Akmal, Aiman,
Azzam dan Amirul Hadi. Mereka menyampaikan tiga buah
 lagu termasuk “Syurga-Mu” (Ungu) dan “Muslim Country Kid”
(Brothers) dengan paduan suara yang cukup harmoni sekali.
Thufail sekali lagi memukau hadirin dengan ‘suara emas’nya.
Majlis ditamatkan dengan bacaan doa pimpinan Ustaz Norsyazly
Rameli dan sesi fotografi.
Majlis Semarak Kasih
Meskipun keadaan dewan tidak begitu ‘dingin’, secara
 keseluruhannya, program Majlis Semarak Kasih ini amat
berjaya sekali. Ibu bapa diraikan, anak-anak terasa puas
dan hadirin terhibur selain dapat membawa pulang
cederamata dan hadiah misteri. Masing-masing
mengharapkan program seperti ini bukanlah yang
terakhir kerana sesungguhnya jasa dan pengorbanan
 ibu bapa membawa ke syurga, selamanya…
Majlis Semarak Kasih
Majlis Semarak Kasih

No comments:

Post a Comment