Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang telah memberikan kita nikmat
yang tersangat banyak, tak terkira dan tak mampu untuk dibalas. Dia memberikan
kita nikmat hidup, nyawa, pancaindera, akal, keluarga, masa, dan harta..
Terdapat banyak ayat dalam al-Quran yang memperlihatkan bahawa Allah
sendiri ingin menguji adakah manusia ini bersyukur dengan nikmatNya. Bagaimana
bersyukur ? Banyak caranya, melalui perkataan, perbuatan dan hati.
Oleh kerana Allah jualah yang memberikan segala nikmat yang kita lihat
dan tak lihat , maka tidaklah perlu dinilai seseorang hamba itu dengan
banyaknya harta dan nikmat, tetapi Allah mahu melihat kesan syukur kita pada
nikmat yang diberikanNya itu kepada kita, iaitu antaranya dengan melakukan amal
kebajikan.
Sabda Rasulullah s.a.w pula : Sesungguhnya Allah tidak melihat (untuk
penilaian) kamu pada rupa dan harta kamu. Sebenarnya Allah melihat kepada hati
dan amalan kamu.
Nah… di sini saya ingin menyentuh berkenaan salah satu amal kebajikan
yang boleh dijadikan bukti bersyukur itu sendiri, iaitu : bersedekah atau infaq
di jalan Allah.
Tahukah anda ? Ya. Saya yakin anda yang membaca tulisan ini telah pun
tahu : Pahala bersedekah adalah sangat besar, dan boleh digandakan oleh Allah
sehingga 700 kali ganda, seperti dalam firmanNya :
مَّثَلُ
الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ
أَنبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنبُلَةٍ مِّائَةُ حَبَّةٍ ۗ وَاللَّـهُ
يُضَاعِفُ لِمَن يَشَاءُ ۗ وَاللَّـهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ ﴿٢٦١﴾
Maksudnya
: {{ Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan
Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai;
tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan
melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas
(rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.}} – surah al-Baqarah
ayat 261
Sedekah itu banyak caranya, ada yang berbentuk perbuatan, ada yang
berbentuk harta benda. Sedekah yang berbentuk perbuatan sangat banyak. Sekali
lagi, saya anggap anda semua sudah mendengar hadith Kullu Sulama ini :
عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ
عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : كُلُّ
سُلاَمَى مِنَ النَّاسِ عَلَيْهِ صَدَقَةٌ، كُلُّ يَوْمٍ تَطْلُعُ فِيْهِ
الشَّمْسُ تَعْدِلُ بَيْنَ اثْنَيْنِ صَدَقَةٌ، وَتُعِيْنُ الرَّجُلَ فِي
دَابَّتِهِ فَتَحْمِلُهُ عَلَيْهَا أَوْ تَرْفَعُ لَهُ عَلَيْهَا مَتَاعَهُ
صَدَقَةٌ وَالْكَلِمَةُ الطَّيِّبَةُ صَدَقَةٌ، وَبِكُلِّ خُطْوَةٍ تَمْشِيْهَا
إِلَى الصَّلاَةِ صَدَقَةٌ وَ تُمِيْطُ اْلأَذَى عَنِ الطَّرِيْقِ صَدَقَةٌ [رواه
البخاري ومسلم]
Terjemah hadits / ترجمة الحديث :
Daripada Abu Hurairah radhiallahuanhu dia berkata : Rasulullah s.a.w
bersabda : (( Setiap anggota tubuh manusia wajib disedekahi, setiap hari di
mana matahari terbit lalu engkau berlaku adil terhadap dua orang (yang
bertikai) adalah sedekah, engkau menolong seseorang yang berkenderaan lalu
engkau bantu dia untuk naik kenderaannya atau mengangkatkan barangnya adalah
sedekah, ucapan yang baik adalah sedekah, setiap langkah ketika engkau berjalan
menuju solat adalah sedekah; dan menghilangkan gangguan dari jalan adalah
sedekah.))
Kamaruzzaman
bin Abd Rahim
مسؤول
تنفيذي - العلاقات العامة
Executive,
Public Relation
Aqsa
Syarif Berhad | Malaysia
No comments:
Post a Comment