JOM JADI JUTAWAN

JOM JADI JUTAWAN
HANYA RM1.00 UNTUK JADI JUTAWAN..dermalah

Wednesday, 25 April 2012

Jom SANTUNI IBU BAPA, SEMASA USIA MEREKA DAN KITA MASIH TERSISA

now it's time for you to rise
for all the things you sacrificed....
and it's not too late......
....I'd like to put a smile on your face everyday
....you know you are the number one for me...
NUMBER ONE FOR ME ^__^
lagu ini menyentuh jutaan jiwa...
tak kurang yang mengalirkan air mata T-T
selagi ada masa
sahutlah peluang yang ada..
untuk membahagiakan mereka..
sementara hayat masih tersisa....
 
23 Jun ini..
Jom raikan
ibu bapa kita
di
Majlis Semarak Kasih
 
selain daripada menghargai jasa ibu bapa dalam majlis ini, anda turut membantu Pertubuhan IKRAM Malaysia (Daerah Kajang), PIBG Sri Al-Amin Bangi serta Tabung Pengurusan Musolla Sri Al-Amin Bangi untuk mengumpul dana bagi membiayai aktiviti-aktiviti kebajikan, pendidikan dan sumbangan sosial.
Tempah tempat anda & ibu bapa hari ini!!
Tempat terhad


URUSETIA UNIT PROMOSI;
 
HUBUNGI : O192736292/ ssalmiyah@yahoo.com

Sunday, 22 April 2012

CATATAN naluri salah seorang Penjaga semaa Hari TAKRIM

 
Saya tiba di Dewan Sekolah Menengah Sri Amin semasa Asmaul Husna dialunkan. Sejurus itu bacaan ayat-ayat dari Surah Luqman diperdengarkan dengan syahdu diselangseli dengan terjemahannya. Firman Allah swt yang mengisahkan pesanan Luqman kepada anaknya menjadi santapan rohani bagi hadirin.
Di dalam ucapan aluan Pengetua, Beliau mengupas tema Hari Takrim iaitu 'Muslim Berilmu Pencetus Masa Depan Ummah'. Cabaran kita ialah bagaimana memupuk budaya ilmu di kalangan pelajar agar mereka bangkit untuk menjejaki langkah umat Islam terdahulu. Mereka cemerlang di bidang keilmuan dan berjaya menjadikan negara Islam sebagai hab ilmu pengetahuan serta tempat rujukan dunia.
Penasihat Sri Al-Amin ( YDP IKRAM Daerah Kajang) dalam ucapan perasmian mengimbau sejarah Sri Al-Amin yang bermula dalam suasana daif di masjid lama Serdang. Kemudian Sri Al-Amin berhijrah ke Sungai Tangkas di dalam suasana di kelilingi ladang kelapa sawit. Kini Sri Al-Amin berjiran dengan taman perumahan, rumah kedai malah apartmen yang tinggi. Sri Al-Amin bukanlah sekadar bangunan sekolah tetapi ianya adalah institusi pendidikan yang membina pemimpin soleh dan musleh untuk negara dan mungkin dunia satu hari nanti.
Visi besar hanya dapat dicapai dengan sumbangan setiap dari kita ibubapa dalam kapasiti masing-masing. Selain sumbangan wang ringgit dan tenaga, penghargaan melalui emel sebagai contoh mampu memberi suntikan semangat kepada warga Sri Al-Amin. Komen dan cadangan dialu-alukan dan seharusnya disalurkan secara berhikmah supaya langkah positif dapat kita usahakan bersama.
Beliau juga menasihatkan bahawa setiap pencapaian mahupun 1A, 2A dan seterusnya adalah kejayaan. Yang penting, kita menanamkan sifat orang berjaya di mana hari esok adalah lebih baik dari hari ini.
Penyampaian hadiah pelbagai kategori kedatangan terbaik, hafazan terbaik, peningkatan prestasi terbaik, akademik terbaik dan akhlak SPPIM diselangseli dengan persembahan nasyid, penyampaian cerita Bahasa Arab dan syair. Anak-anak kita memang berbakat dalam bidang nasyid. Persoalannya ialah bagaimana menggilap bakat mereka. Ada di kalangan ibubapa yang berbakat seni boleh membantu? Walaupun tidak memahami Bahasa Arab, saya menumpukan perhatian kepada cerita Bahasa Arab yang disampaikan dengan begitu fasih. Saya dimaklumkan bahawa pencerita Bahasa Arab mendapat tempat pertama di dalam pertandingan bercerita Bahasa Arab yang di adakan di IPG Selangor (dahulunya MPI). Persembahan syair juga menarik kerana diselangselikan dengan iringan percussion. Bakat percussionists begitu terserlah walaupun mereka masih di peringkat menengah rendah.
Acara kemuncak Hari Takrim ialah penyampaian anugerah SPPIM Cemerlang, PMR Cemerlang serta pelbagai kategori Usahawan Muda, Sukan Cemerlang, KRS Cemerlang, Kokurikulum Cemerlang, Kreatif dan Inovatif, Kepimpinan dan Pelajar Mithali.
Pelajar lepasan SPM 2011 yang dinobatkan dengan anugerah Kepimpinan, Asma’ Abu Bakar, ialah Nurul Hana binti Amran sementara anugerah Pelajar Mithali, Zainab Al-Ghazali, ialah Hanifah binti Jailani. Selain kecemerlangan akademik, penglibatan aktif kokurikulum dan akhlaq yang baik, kedua pelajar ini sentiasa menyumbang bakti kepada sekolah dan membimbing adik-adik pelajar. Airmata saya turut bergenang menumpang kegembiraan dan kesyukuran kedua ibubapa mereka di samping mensyukuri kejayaan anak-anak sendiri.
Alhamdulillah, kita mensyukuri kejayaan anak-anak kita walau sekecil mana pun pencapaian mereka. Kita terus mendoakan mereka samada yang berjaya mahupun yang belum berjaya. Kejayaan buat kita ibubapa ialah apabila mereka sering mendoakan kita apatah lagi apabila kita tiada di dunia. Kejayaan yang hakiki ialah apabila kita semua lulus perhisaban di Mahsyar nanti.
**Sekadar coretan untuk perkongsian. Mohon maaf sekiranya ada salah dan silap. Harap diperbetulkan. Jutaan terima kasih, jazakumullahu khairan kathira kepada warga pendidik, staf, ibubapa dan semua yang menjadi asbab kepada kejayaan dianugerahkan Allah swt kepada anak-anak kita.
~Halimah
Desa Al-Amin

Monday, 16 April 2012

Elakkan jadi Orang BAKHIL

Ingatlah, kamu ini orang-orang yang diajak untuk menafkahkan (hartamu) pada jalan Allah. Maka di antara kamu ada yang bakhil, dan sesiapa yang bakhil sesungguhnya dia hanyalah bakhil terhadap dirinya sendiri, dan Allahlah yang Maha Kaya sedangkan kamulah orang-orang yang sangat berhajat kepada pertolongan Allah; dan jika kamu berpaling daripada menegakkan agama Allah (Islam) nescaya dia akan mengganti (kamu) dengan kaum yang lain; dan mereka tidak akan seperti kamu ini. (Surah Muhammad: 38)

Firman Allah dan ucapan ini menjadi kenyataan, apabila bangsa Arab yang memimpin umat Islam tidak lagi berpegang kepada Islam kerana leka dengan kuasa yang dijadikan peluang mengumpul harta kekayaan dan kemewahan, tetapi bakhil dengan harta pinjaman yang dimiliki. Maka Allah menukarkan kepimpinan kepada kalangan kaum bangsa bukan Arab, penganut Islam yang berpegang dengan Islam yang sempurna secara silih berganti di kalangan berbagai bangsa yang menganut Islam dan beramal dengannya dalam seluruh cara hidup. Apabila seluruh bangsa umat Islam, terpahat rasa bakhil, bersemangat bangsa masing-masing dan berpuak, Islamnya menjadi sampingan amalan peribadi masing-masing, sehingga cara hidup dalam urusan politik, ekonomi, pendidikan dan lain-lain dipisahkan daripada Islam, tunggulah peringatan Allah SWT, Bahawa IA akan menggantikannya dengan kaum yang lain.  Jom keluarkan sedikit harta yang kita ada untuk bersedekah kepada siapa sahaja yang memerlukan kerana Allah.

Wednesday, 11 April 2012

Syukur : Banyakkan MEMBERI akan lebih banyak MENERIMA



Ingin BERJAYA dalam hidup? Bantulah insan lain untuk LEBIH BERJAYA…Ingin BAHAGIA dalam hidup? Bantulah insan lain untuk LEBIH BAHAGIA…Ingin KAYA dalam hidup? Bantulah insan untuk LEBIH KAYA dan akhir sekali INGIN MENIKMATI IMPIAN DIRI? Bantulah insan lain untuk MEMBINA IMPIAN mereka, insyaAllah mudah-mudahan dengan murni kasih dan keindahan ukhwah yang dipanjangkan Allah juga akan mempermudahkan perjalanan kita menikmati IMPIAN yang diidam-idamkan.Janji Allah yang pasti…infaqkanlah masa, tenaga, wang ringgit, doa, buah fikiran, sokongan dalam perjalanan insyaAllah INDAH, HARUM & MANIS pasti akan menanti!Yang pasti HARUS YAKIN dengan JANJI ALLAH…when U believe insyaAllah you will RECEIVED! :).. drp ..P Aniz (Klinik Suksess) lihat websitenya dengan mengakses ke lamannya.

MOHON MASUK KE INSTITUSI TARBIYAH

Institusi Tarbiyah untuk melahirkan insan soleh wa musleh kini dibuka, untuk kemasukan pembelajaran tahun satu 2013. WOW begitu hebat institusi ini, peluang untuk memohon hanya sebulan. Bagi mereka yang kurang kepekaan tentang tempoh permohonan ini, sudah tentulah akan kecewa...nanti. Permohonan yang ramai di kalangan ibu bapa yang mahukan anak mereka terdidik dalam bi`ah soleh, sudah tentulah berebut-berebut untuk memohon walaupun sekolah ini berbayar?. Kenapa perlu bayar? walhal sekolah di luar sana percuma, 100 peratus percuma. Pasti sekolah rebutan ini ada kelaianannya. Yang menjadikan kelainan ialah sekolah yang inginkan `kemenjadian insannya` ini berbahagia hidup di dunia dan di akhirat. Institusi yang menekankan pendidikan  ke destinasi kampung akhirat SYURGA FIRDAUSI. 

BERSAMALAH KITA MENYOKONG DENGAN MENYUMBANG WANG RINGGIT FISABILLAH UNTUK MEMBANGUNKAN SEKOLAH INI.

Sunday, 8 April 2012

SLOGAN BERSEGERA KEPADA

 أخي الحبيب: نحن في أيام هامة جدا شعارها"ففروإلي الله:-)
١..الصيام .القيام ٢, القيام ٣ ...
 ..
القيام ٣ ...التلاوة وذكر الله كثيرا ٤ ...الاستغفاروالتوبة ٥ ...الصدقة
 
والانفاق ٦ ...الدعاء للجماعة والقيادة بالتوفيق وثقوا في وعد الله.. انشر
 
 Saudara yang dikasihi, kita berada di hari-hari yang amat-amat penting:-  Slogannya ialah: bersegeralah kepada Allah, dengan:

1. puasa.
 2. qiyam.
3. tilawah  dan banyak mengingati Allah.
4. istighfar dan taubat.
 5. sedekah dan infaq.
 6. doa untuk jamaah dan pimpinan supaya mendapat taufik serta yakin dengan  janji Allah.
Sebarkan, moga mendapat ganjaran

Thursday, 5 April 2012

RAYUAN SUMBANGAN DARIPADA AKTIVIS AQSYA SYARIF


Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang telah memberikan kita nikmat yang tersangat banyak, tak terkira dan tak mampu untuk dibalas. Dia memberikan kita nikmat hidup, nyawa, pancaindera, akal, keluarga, masa, dan harta..
Terdapat banyak ayat dalam al-Quran yang memperlihatkan bahawa Allah sendiri ingin menguji adakah manusia ini bersyukur dengan nikmatNya. Bagaimana bersyukur ? Banyak caranya, melalui perkataan, perbuatan dan hati.

Oleh kerana Allah jualah yang memberikan segala nikmat yang kita lihat dan tak lihat , maka tidaklah perlu dinilai seseorang hamba itu dengan banyaknya harta dan nikmat, tetapi Allah mahu melihat kesan syukur kita pada nikmat yang diberikanNya itu kepada kita, iaitu antaranya dengan melakukan amal kebajikan.
Sabda Rasulullah s.a.w pula : Sesungguhnya Allah tidak melihat (untuk penilaian) kamu pada rupa dan harta kamu. Sebenarnya Allah melihat kepada hati dan amalan kamu.
Nah… di sini saya ingin menyentuh berkenaan salah satu amal kebajikan yang boleh dijadikan bukti bersyukur itu sendiri, iaitu : bersedekah atau infaq di jalan Allah.
Tahukah anda ? Ya. Saya yakin anda yang membaca tulisan ini telah pun tahu : Pahala bersedekah adalah sangat besar, dan boleh digandakan oleh Allah sehingga 700 kali ganda, seperti dalam firmanNya :

مَّثَلُ الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنبُلَةٍ مِّائَةُ حَبَّةٍ ۗ وَاللَّـهُ يُضَاعِفُ لِمَن يَشَاءُ ۗ وَاللَّـهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ ﴿٢٦١

Maksudnya : {{ Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.}} – surah al-Baqarah ayat 261

Sedekah itu banyak caranya, ada yang berbentuk perbuatan, ada yang berbentuk harta benda. Sedekah yang berbentuk perbuatan sangat banyak. Sekali lagi, saya anggap anda semua sudah mendengar hadith Kullu Sulama ini :

عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : كُلُّ سُلاَمَى مِنَ النَّاسِ عَلَيْهِ صَدَقَةٌ، كُلُّ يَوْمٍ تَطْلُعُ فِيْهِ الشَّمْسُ تَعْدِلُ بَيْنَ اثْنَيْنِ صَدَقَةٌ، وَتُعِيْنُ الرَّجُلَ فِي دَابَّتِهِ فَتَحْمِلُهُ عَلَيْهَا أَوْ تَرْفَعُ لَهُ عَلَيْهَا مَتَاعَهُ صَدَقَةٌ وَالْكَلِمَةُ الطَّيِّبَةُ صَدَقَةٌ، وَبِكُلِّ خُطْوَةٍ تَمْشِيْهَا إِلَى الصَّلاَةِ صَدَقَةٌ وَ تُمِيْطُ اْلأَذَى عَنِ الطَّرِيْقِ صَدَقَةٌ [رواه البخاري ومسلم]

Terjemah hadits / ترجمة الحديث :

Daripada Abu Hurairah radhiallahuanhu dia berkata : Rasulullah s.a.w bersabda : (( Setiap anggota tubuh manusia wajib disedekahi, setiap hari di mana matahari terbit lalu engkau berlaku adil terhadap dua orang (yang bertikai) adalah sedekah, engkau menolong seseorang yang berkenderaan lalu engkau bantu dia untuk naik kenderaannya atau mengangkatkan barangnya adalah sedekah, ucapan yang baik adalah sedekah, setiap langkah ketika engkau berjalan menuju solat adalah sedekah; dan menghilangkan gangguan dari jalan adalah sedekah.))
Kamaruzzaman bin Abd Rahim
مسؤول تنفيذي - العلاقات العامة

Executive, Public Relation
Aqsa Syarif Berhad | Malaysia

Tuesday, 3 April 2012

MENCARI REZEKI YANG BERKAT


DENGAN memberi tidak sekali-kali `apa yang diberikan itu berkurang`.Di sisi Allah sesungguhnya `apa yang diberikan itu` akan bertambah 700 kali ganda. Setiap harta yang yang dibelanjakan pada jalan Allah dianalogikan setiap benih akan bertambah menjadi tujuh tangkai dan setiap tangkai pula akan berhasil menjadi 100 biji. Natijahnya apa yang diberikan/disumbangkan ke jalan Allah akan bertambah 700 kali ganda...MasyaAllah banyaknya rezeki yang diterima. Rezeki bukan sahaja dalam bentuk wang ringgit, harta benda, malah apa sahaja nikmat yang dipinjamkan kepada kita, seperti ilmu, kesihatan, sahabat, masa lapang, idea, keupayaan dan kesungguhan untuk melaksanakan kebajikan dan ibadah. Berilah `lima perkara sebelum lima perkara`??? agar rezeki kita bertambah berlipat kali ganda.