JOM JADI JUTAWAN

JOM JADI JUTAWAN
HANYA RM1.00 UNTUK JADI JUTAWAN..dermalah

Wednesday, 29 February 2012

APA YANG KITA PUNYAI DI SINI, DI SANA KITA AKAN DITANYA

Imam Ahmad dan Al –Nasai` merawikan hadis daripada Jabir bin Abdullah: “Suatu hari Rasullullah s.a.w. bersama Abu Bakar dan Umar  memakan sebiji kurma dan meminum air sejuk. Baginda lalu bersabda,mafhumnya: `Demi Allah, kita akan ditanya tentang nikmat ini pada hari kiamat nanti`.
Jika nikmat memakan sebiji kurma dan meneguk seteguk air akan ditanya dan akan dipertanggungjawabkan, bagaimana pula dengan segala macam nikmat yang kita ada ?, segala keselesaan dan kemewahan  tempat tinggal kita, pelbagai kenderaan mewah yang kita miliki, pelbagai  permainan yang menyeronokkan, ribuan malahan jutaan ringgit yang disimpan, harta melempah ruah di sana sini, emas,  mutiara dan intan belian yang menjadi perhiasan diri !!!  Sampai hatikah kita melihat bangunan tempat menimba  dan penyuburan ilmu bagi ratusan  anak-anak yang belajar di sini dalam keadaan yang kurang selesa ? Terlalu padat untuk menempatkan lebih ramai lagi anak-anak didiknya, walaupun permintaan untuk belajar di SRIAAB ini tinggi. Lebih diperlukan lagi  jika ada dana yang boleh digunakan untuk menyediakan prasarana  dan kemudahan untuk pengajaran dan pembelajaran yang kondusif. Jom bersama kita menyumbang untuk bersama membangunkan sekolah ini, sekurang-kurangnya saluran sumbangan kita ke Tabung pembangunan sekolah ini merupakan jawapan ‘ ke manakah harta kita dibelanjakan’.  Kepada dermawan :-
جَزَاكُم اللهُ خَيْرَ الجَزَاءِ عَلَى مُرُورِكُم الرَّائِع الذِّي عَطَرَ صَفْحَتِي وَتَفَاعُلِكُم الحُلُو

JIWA HAMBA –Peluang Pelaburan AKHIRAT terbuka.

Apabila orang soleh memiliki harta, ia mampu `membeli` dirinya daripada Allah S.W.T  dan menebus dirinya daripada api neraka seperti maksud Al-Quran dalam Sural Al-Baqarah ayat 207 –‘ Dan antara manusia ada orang yang membeli dirinya kerana mencari keredhaan Allah, dan Allah Maha Penyantun kepada hamba-Nya`. Tidak rugi kita menyumbang sedikit sahaja  harta/wang yang dipinjamkan kepada kita untuk membantu membangunkan tempat penyuburan ilmu, seperti di SRIAAB ini. SRIAAB  adalah salah sebuah institusi Pendidikan Islam yang bermatlamat melahirkan para ilmuan yang cendiakawan yang seterusnya dapat menyebarkan ilmu yang mereka dapat kepada ummat Muhammad s.a.w di seluruh alam.

Saturday, 25 February 2012

PEACE OF MIND BEGINS WITH JUST ONE CLICK




INSYA-ALLAH semua muslim akan mendoakan kebahagiann kepada muslim lain yang banyak beramal soleh. Anak-anak didik SRIAAB ini akan sentiasa mendoakan kebahagian dunia dan akhirat kepada semua dermawan


Thursday, 23 February 2012

بسم الله توكلت على الله



Anak-anak yang sedang belajar di SRIAAB inilah yang sebahagiannya mendoakan kebahagian, kesejahteraan dan kemuliaan  kepada sesiapa sahaja yang memberikan sumbangan untuk menyediakan tempat mereka menuntut ilmu,bakal  menjadi insan rabbaniah yang insyaAllah juga menjadi Pemimpin masa depan. Hindarilah prasangka negatif berhubung dengan jangkaan-jangkaan negatif terhadap salahguna akaun-akaun bank yang dipaparkan. Kita berserah hanya mereka yang perihatin dapat memanfaatkan paparan dan tawaran yang dibentangkan.Begitu jugalah diharapkan hanya mereka yang baik-baik sahaja dapat berkongsi untuk bersama-sama membantu membuka peluang beramal jariah ini.


“Siapa yang bertawakal kepada Allah, maka Dia yang pencukupkannya” [65:3]

“Dan bertawakallah kepada Allah. Cukuplah Allah sebagai pelindung” [04:81]

“Sesungguhnya Allah itu menyintai orang-orang yang bertawakal” [03:159]

“Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Dia jadikan baginya jalan keluar (dari kesulitan) dan akan diberikan rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka kerana barang siapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Dia menjadi pencukupnya. Sesungguhnya Allah itu lurus urusannya dan sesungguhnya Allah itu telah ada ketentuan bagi tiap2 sesuatu” [65:2-3]

Oleh itu sahabat-sahabat, kenalan dan semua saudara seaqidah, marilah kita sentiasa bertawakal dalam apa saja perkara, mahupun yang remeh. dengan berusaha terlebih dahulu sebelum kita bertawakal kpd Allah…

Monday, 20 February 2012

HOW A DOLLAR MAKES A MiLLIONAIRE


KUASA SATU DOLLAR/RINGGIT....biiznillah boleh jadi JUTAWAN akhirat!!!!. Doalah dan ajaklah 1500 orang rakan, kenalan, saudara mara, keluarga jiran tetangga dalam rangkaian anda untuk menyumbang hanya SATU DOLLAR/RINGGIT seorang atau kalau mampu anda sendiri meyumbang $1,500.00 atau lebih ke dalam tabung yang tertera. Anda yang budiman, tentu sahaja membuat pelaburan yang syarie di mana sahaja, ambillah peluang mempelbagaikan pelaburan anda termasuk peluang di sini.