RAHSIA MINYAK BUT-BUT - Cubalah gunakan - membeli ...: Salah satu usaha kebajikan s ukarelawansriab dalam membantu menjana pendapatan sebanyak RM 3.5 juta untuk mendirikan satu blok banguna...
RUANG DAN PELUANG ‘Beramal jariah, Membersih harta dan jiwa, menyubur rezeki dan membantu ummah'
JOM JADI JUTAWAN
HANYA RM1.00 UNTUK JADI JUTAWAN..dermalah
Sunday, 7 October 2012
Friday, 5 October 2012
USAHA SUKARELAWAN - mengumpul dengan BERNIAGA
Salah satu usaha kebajikan kami para sukarelawansriab@blogspot.com dalam
membantu menjana pendapatan sebanyak RM 3.5 juta dalam mendirikan satu blok
bangunan pendidikan enam tingkat Kompleks Pendidikan Islam SRI Al Amin
Bangi...ialah dengan menjual beberapa produk seperti ubatan herba keluaran bumiputera, yang diperkatakan baik dan halal yang insyaAllah berkesan membantu
penyembuhan beberapa jenis penyakit biiznillah.Sila lawat ke laman sesawang blog salmisolution@blogspot.com
Wednesday, 27 June 2012
CORETAN SEMARAK KASIH
| Semarak Kasih: Air mata jadi saksi |
| Selasa, 26 Jun 2012 05:14 , BANDAR BARU BANGI –Tanpa ibu bapa, tiadalah kita di dunia ini. Tanpa pengorbanan dan asuhan daripada mereka, kita mungkin tidak sehebat hari ini |
Bagi mengenang jasa dua insan istimewa ini, satu program khas yang dinamakan ‘Majlis Semarak Kasih’ (MSK) telah diadakan di Bangi Golf Resort pada pagi Sabtu, 23 Jun 2012. Penganjur, Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) Daerah Kajang, PIBG Sri Al-Amin Bangi dan Pengurusan Musolla Sri Al-Amin Bangi telah mula menjual tiket MSK ini sejak kira-kira dua bulan lepas. Sasaran awal kehadiran adalah 1,000 orang (100 meja) yang terdiri daripada ibu bapa yang diraikan, anak-anak serta ahli keluarga mereka. Bagaimanapun, kira-kira 800 orang yang menghadiri MSK pada hari tersebut sudah merupakan kejayaan besar bagi penganjur. Dr Mohd Faudzi Mohd Yusoff selaku Pengarah Bersama MSK berkata, jumlah tersebut memang sudah dijangka disebabkan sebahagian orang ramai membeli tiket sekadar untuk menyumbang tetapi memaklumkan mereka tidak dapat hadir. Namun yang mengejutkan, terdapat hadirin yang membawa bilangan ahli keluarga paling ramai – 54 orang! Sungguh indah menyaksikan para ibu bapa diiringi anak, menantu, cucu dan cicit berjalan ke meja yang disediakan. Lebih meriah apabila mendapati pihak Bangi Golf Resort menyediakan pengangkutan buggy untuk membawa hadirin dari tempat letak kereta yang kedudukannya agak jauh bagi ‘para tetamu penting’ yang sudah berusia. Majlis telah dikendalikan dengan jayanya secara bergilir oleh dua pengacara, Puan Halimah dan Prof Taufiq Yap. Bacaan al-Quran yang sungguh merdu daripada qari jemputan, Thufail Sayuti menerawang ke segenap dewan sebelum pengacara menjemput Yang Dipertua Ikram Kajang, Prof Ir Dr Kamal Nasharuddin Mustapha selaku penasihat program untuk menyampaikan ucapan, sekali gus merasmikan majlis. Antara lain, Dr Kamal mengucapkan tahniah dan syabas kepada pihak penganjur kerana berjaya merealisasikan satu program yang cukup bermakna buat para ibu bapa, selain dapat mengumpul dana untuk merancakkan aktiviti Ikram Kajang, PIBG dan juga pihak sekolah khususnya musolla. Yang Dipertua Ikram Selangor, Prof Madya Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus mengisi ruang ‘Bicara Semarak Kasih’ dengan mengajak hadirin sentiasa menggembirakan ibu bapa atas dasar iman dan ibadah. Memetik maksud ayat ke-19 dari surah an-Naml, beliau menerangkan bagaimana Nabi Sulaiman alaihissalam berdoa agar baginda dapat terus bersyukur dengan nikmat Allah dan tetap mengerjakan amalan yang soleh. “Antara tanda-tanda kesyukuran itu adalah menggembirakan ibu bapa kita. Hasil didikan merekalah kita menjadi seperti sekarang ini. Kesan daripada itu jugalah kita berusaha mendidik anak-anak kita supaya menjadi insan yang bertakwa. Sebab itu kita memilih Al-Amin sebagai sekolah anak-anak kita, supaya jiwa mereka soleh dan terpelihara,” katanya.“Hari ini kita dikumpulkan dalam majlis yang cukup indah. Bayangkanlah dan berdoalah agar kita nanti dikumpulkan kembali dalam majlis yang lebih indah iaitu di syurga Allah.” Deklamasi puisi Khadijah Hashim berjudul “Masih Lagi Ibu” oleh adik Izrina Harifin membuai emosi hadirin. Bagi yang tidak membawa ibu bersama, ingatan pasti terbang ke kampung halaman, bersua insan-insan tercinta itu di minda. Suasana syahdu bertukar ceria apabila adik Luqman Nul Hakim Kader dan Aqil Naufal Arman berduet menyampaikan sajak dengan sesekali bergaya ala choral speaking. Bagaimanapun, sekali lagi jiwa hadirin diusik dengan tayangan klip video lagu “Anak Soleh” dendangan Aeman. Ketika klip ini ditayangkan, jelas hampir semua orang menghayatinya, sebahagiannya dengan genangan air mata. pengacara menjemput hadirin untuk mengungkapkan kata-kata penghargaan secara spontan kepada ibu bapa mereka. Menariknya, bukan anak-anak muda sahaja teruja untuk membuat ucapan, seorang warga emas dari Pahang turut bangun. Biarpun kedua-dua ibu bapa ‘pakcik’ ini telah menghadap Ilahi, beliau bersyukur dijemput ke majlis ini dan berpesan supaya anak-anak sentiasa berbuat baik kepada ibu bapa, lebih-lebih lagi ketika mereka masih di depan mata. Acara yang paling menyentuh hati juga adalah ketika anak-anak dipersilakan menyampaikan hadiah cenderamata kepada ayah serta ibu masing-masing. Ketika inilah para jurugambar dan juruvideo sibuk merakamkan detik-detik bersejarah yang tercipta. Pelukan, ciuman dan titisan air mata menjadi saksi kasih sayang, ketulusan dan keikhlasan... Acara pentas diteruskan dengan persembahan angklung dan nyanyian yang menggabungkan pelajar sekolah rendah dan menengah, diikuti nasyid oleh anak-anak Tadika Khalifah Bestari. Tetapi yang paling mendapat perhatian adalah persembahan pelajar-pelajar Pusat STAM Ikram. Kumpulan yang menggelarkan diri mereka “Huffaz” itu dianggotai Thufail, Akmal, Aiman, Azzam dan Amirul Hadi. Mereka menyampaikan tiga buah lagu termasuk “Syurga-Mu” (Ungu) dan “Muslim Country Kid” (Brothers) dengan paduan suara yang cukup harmoni sekali. Thufail sekali lagi memukau hadirin dengan ‘suara emas’nya. Majlis ditamatkan dengan bacaan doa pimpinan Ustaz Norsyazly Rameli dan sesi fotografi. Meskipun keadaan dewan tidak begitu ‘dingin’, secara keseluruhannya, program Majlis Semarak Kasih ini amat berjaya sekali. Ibu bapa diraikan, anak-anak terasa puas dan hadirin terhibur selain dapat membawa pulang cederamata dan hadiah misteri. Masing-masing mengharapkan program seperti ini bukanlah yang terakhir kerana sesungguhnya jasa dan pengorbanan ibu bapa membawa ke syurga, selamanya… |
Monday, 25 June 2012
SEMARAK KASIH sudah berputik...23 JUN 2012
SEMARAK Kasih, menyantuni ibu bapa telah berputik,,, program meraikan ibu bapa dan mereka yang disayangi, berjalan lancar, penuh dengan nostalgia... Ia akan mekar untuk dijadikan agenda tahunan Insya Allah.. ini sebahagian catatan dan foto kenangan yang sempat dikompailkan.
Kami ingat betapa cekalnya Abah menghadapi cabaran hidup membesarkan kami enam beradik. Acap kali baju Abah basah boleh diperah dek keringat kerana mencari rezeki.
Majlis Semarak Kasih hanya sekelumit penghargaan yang mampu kami berikan buat Mak dan Abah berbanding dengan selautan kasih dan segunung pengorbanan kalian".
Alhamdulillah, Majlis Semarak Kasih 2012 telah selamat dianjurkan pada 23 Jun 2012 yang lalu. Ucapan Penasihat Majlis Semarak Kasih merangkap YDP IKRAM Kajang, Prof Ir Dr Kamal memberi contoh pengorbanan bapa, seorang penarik beca yang mampu mendidik anak-anak hingga berjaya. Bicara Semarak Kasih oleh Prof Madya Ustaz Hasanuddin, YDP IKRAM Selangor, sarat dengan motivasi dan nasihat untuk kami sebagai anak-anak dan juga untuk para ibubapa yang diraikan. Betapa peluang meraih pahala yang Allah swt berikan kepada anak-anak dengan dilanjutkan usia ibubapa mereka. Begitu juga para ibubapa warga emas diberikan peluang untuk melipatgandakan pahala amal ibadah yang dilakukan dalam suasana lemah dan uzur. Kasih sayang berpanjangan antara suami isteri warga emas memberi kefahaman yang sungguh indah mengenai maksud perkataan "rahmah" selepas "sakinah" dan "mawaddah" yang terkandung dalam Surah Ar-Rum:21.
"Abah menitiskan airmata terharu. Lelaki warga emas ini mudah terusik
hatinya. Mak pula tertunduk malu apabila berhadapan kamera. Hadiah kami tidak
seberapa harganya. Tetapi ianya hasil kerja penuh kasih sayang cucunda Mak dan
Abah. Berhari-hari cucunda menyiapkan poster yang mengandungi semua gambar
anak-anak, menantu-menantu dan cucu-cucu Abah dan Mak untuk dihadiahkan sempena
Majlis Semarak Kasih.
Kami ingat betapa cekalnya Abah menghadapi cabaran hidup membesarkan kami enam beradik. Acap kali baju Abah basah boleh diperah dek keringat kerana mencari rezeki.
Mak juga melakukan pelbagai kerja selain tugas surirumah untuk membantu
Abah. Walau pendapatan keluarga tidak seberapa, tapi keberkatannya melimpah
ruah.
Majlis Semarak Kasih hanya sekelumit penghargaan yang mampu kami berikan buat Mak dan Abah berbanding dengan selautan kasih dan segunung pengorbanan kalian".
Alhamdulillah, Majlis Semarak Kasih 2012 telah selamat dianjurkan pada 23 Jun 2012 yang lalu. Ucapan Penasihat Majlis Semarak Kasih merangkap YDP IKRAM Kajang, Prof Ir Dr Kamal memberi contoh pengorbanan bapa, seorang penarik beca yang mampu mendidik anak-anak hingga berjaya. Bicara Semarak Kasih oleh Prof Madya Ustaz Hasanuddin, YDP IKRAM Selangor, sarat dengan motivasi dan nasihat untuk kami sebagai anak-anak dan juga untuk para ibubapa yang diraikan. Betapa peluang meraih pahala yang Allah swt berikan kepada anak-anak dengan dilanjutkan usia ibubapa mereka. Begitu juga para ibubapa warga emas diberikan peluang untuk melipatgandakan pahala amal ibadah yang dilakukan dalam suasana lemah dan uzur. Kasih sayang berpanjangan antara suami isteri warga emas memberi kefahaman yang sungguh indah mengenai maksud perkataan "rahmah" selepas "sakinah" dan "mawaddah" yang terkandung dalam Surah Ar-Rum:21.
Prof Taufiq Yap sebagai pengacara, menceriakan Majlis Semarak Kasih
dalam sesi hadiah misteri, hadiah bertuah, penyampaian cenderahati kepada
ibubapa dan sesi di mana hadirin mengungkapkan penghargaan kepada ibubapa
tersayang. Seorang warga emas bangun menyatakan bahawa dalam usia sebegitu,
beliau masih teringat jasa ibubapanya yang telah lama pergi. Yang mampu beliau
lakukan sekarang hanyalah menyedekahkan Al-Fatihah dan mendoakan mereka. Oleh
itu bagi yang masih mempunyai ayah dan ibu, santunilah mereka sementara peluang
masih ada.
Pelbagai persembahan sajak, poem, video clip, nasyid Tadika Khalifah
Bestari, angklung Sekolah Rendah Sri Al-Amin Bangi dengan iringan suara
pelajar-pelajar Sekolah Menengah Sri Al-Amin Bangi serta nasyid kumpulan Huffaz
dari Pusat STAM IKRAM menyuntik kesyahduan dan mendendangkan hiburan silih
berganti. Bakat anak-anak kita yang digilap dengan bimbingan guru-guru dan
sukarelawan ternyata mampu menyentuh hati dan menghiburkan hadirin.
Ramai yang menjayakan Majlis Semarak Kasih samada menyumbang idea, tenaga,
masa dan wang ringgit. Yang pasti, malaikat tidak lupa mencatit. 750 kerusi yang
terjual, satu bilangan yang bukan sedikit.
Kami para AJK menarik nafas lega. Pastinya ada banyak kelemahan yang perlu
kami perbaiki. Rasa penat dan lelah kini semakin hilang. Mudah-mudahan pahala
amal kerdil ini kekal tidak akan lekang.
~coretan AJK Majlis Semarak Kasih, anjuran IKRAM Kajang, PIBG Sri Al-Amin
Bangi dan Pengurusan Musolla Sri Al-Amin Bangi, untuk perkongsian. Semoga
bermanfaat.
Wednesday, 20 June 2012
Selamat Datang ke Majlis Semarak Kasih
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Penyumbang & pembeli tiket Semarak Kasih.....Selamat Datang dan selamat bersilaturrahim dalam perjumpaan mahabbah menyantuni mereka yang disayangi kerana Allah SWT. Kehadiran pada 23 hb Jun 2012 pukul 9.30 pagi hingga 1.30 tgh di Bangi Golf Resort, Bandar Baru Bangi, insya-Allah.. Adalah lebih baik jika kita ada sebarang hadiah kenangan (mengikut kemampauan masing-masing) untuk dihadiahkan kepada mereka yang kita sayangi pada majlis tersebut. Hadiah akan diberikan pada masa yang ditetapkan seperti dalam agenda secara serentak..
Semoga Majlis Semarak Kasih dibekarti dan
berjalan dengan lancar. Syabas dan terima kasih kepada semua urusetia PIBG dan
IKRAM Kajang yang menganjurkan Majlis ini.
Friday, 15 June 2012
Santunan Sayang ..membina Generasi Rabbani
Bermuafakat membina generasi Rabbani...Semua insan dituntut memainkan peranan yang besar dan berhikmah menyokong untuk melahirkan insan soleh wa musleh.Di sekolah sudah tentu peranan bersama warga pendidik dan ibu bapa amat penting seperti Hari Pelaporan yang diadakan tersebut. Berbincang merupakan satu penyelesaian. Anak-anak ahli syurga memerlukan bimbingan dari segi kognitif, psykmotor, efekif, spritul dan akhlaq, Mereka di kelilingi oleh lingkungan berwarna warni pelbagai. Suasana biah soleh, lingkungan alam harmoni yang sentiasa bertasybih dan bersyukur kepada Khaliq, interaksi dan kominikasi dengan linkungan maujud dan ghaib yang penuh kesantunan, menyediakan jalan yang lurus ini untuk kita dan mereka ke sana. Bersama bermuasabah diri, mencari nur hidayah, keberkatan di atas satu jalan yang sama menjadi hamba Allah dan Khalifah Allah yang terpuji dan dikehendaki.
Ahlan wa sahlan, wa marhaban bikum:
wasahlan..
SEMARAK KASIH : SANTUNAN SAYANG
Salam dalam Iman dan kebarkatan semua pengunjung net yang dihoramati.
Masih ada masa, ruang dan peluang untuk kita hadir, meyumbang dan beramal dalam Majlis ini. Majlis Tazkirah, maljlis berukhuwahfillah, Liqa Keluarga dan menyantuni mereka yang kita sayang..malah menyantuni sekolah, PIBG yang kita sayang. Sayang antum boleh diwakilkan kepada anak-anak di Al-Amin, Muallim & Muallimah, staf, Ibu-ibu tunggal, atau anak-anak yatim atau mereka yang mengharapkan ...jika kita tiada kelapangan turut hadir Dalam Majlis Rabbatul Am tersebut..
JZKK kepada mereka yang telah memberikan komitmen, kerjasama, keperhatinan, bantuan dan sokongan serta yang mewar-warkan kepada rakan-rakan yang lain. Hanya Allah sahaja yang memberi ganjaran,
Untuk dapatkan tiket dan keterangan lanjut sila hubungi:
Kak Ani 0192658637 atau Kak Pah 0192736292 atau Kak Yan 019333733
JZKK
Subscribe to:
Posts (Atom)







.jpg)