RUANG DAN PELUANG ‘Beramal jariah, Membersih harta dan jiwa, menyubur rezeki dan membantu ummah'
JOM JADI JUTAWAN
HANYA RM1.00 UNTUK JADI JUTAWAN..dermalah
Saturday, 21 April 2012
Monday, 16 April 2012
Elakkan jadi Orang BAKHIL
Ingatlah, kamu ini orang-orang yang diajak untuk
menafkahkan (hartamu) pada jalan Allah. Maka di antara kamu ada yang bakhil,
dan sesiapa yang bakhil sesungguhnya dia hanyalah bakhil terhadap dirinya
sendiri, dan Allahlah yang Maha Kaya sedangkan kamulah orang-orang yang sangat
berhajat kepada pertolongan Allah; dan jika kamu berpaling daripada menegakkan
agama Allah (Islam) nescaya dia akan mengganti (kamu) dengan kaum yang lain;
dan mereka tidak akan seperti kamu ini. (Surah Muhammad: 38)
Firman Allah dan ucapan ini menjadi kenyataan, apabila
bangsa Arab yang memimpin umat Islam tidak lagi berpegang kepada Islam kerana
leka dengan kuasa yang dijadikan peluang mengumpul harta kekayaan dan kemewahan,
tetapi bakhil dengan harta pinjaman yang dimiliki. Maka Allah menukarkan
kepimpinan kepada kalangan kaum bangsa bukan Arab, penganut Islam yang
berpegang dengan Islam yang sempurna secara silih berganti di kalangan berbagai
bangsa yang menganut Islam dan beramal dengannya dalam seluruh cara hidup.
Apabila seluruh bangsa umat Islam, terpahat rasa bakhil, bersemangat bangsa
masing-masing dan berpuak, Islamnya menjadi sampingan amalan peribadi
masing-masing, sehingga cara hidup dalam urusan politik, ekonomi, pendidikan
dan lain-lain dipisahkan daripada Islam, tunggulah peringatan Allah SWT, Bahawa
IA akan menggantikannya dengan kaum yang lain.
Jom keluarkan sedikit harta yang kita ada
untuk bersedekah kepada siapa sahaja yang memerlukan kerana Allah.
Wednesday, 11 April 2012
Syukur : Banyakkan MEMBERI akan lebih banyak MENERIMA
Ingin BERJAYA dalam hidup? Bantulah insan lain untuk LEBIH BERJAYA…Ingin
BAHAGIA dalam hidup? Bantulah insan lain untuk LEBIH BAHAGIA…Ingin KAYA dalam
hidup? Bantulah insan untuk LEBIH KAYA dan akhir sekali INGIN MENIKMATI IMPIAN
DIRI? Bantulah insan lain untuk MEMBINA IMPIAN mereka, insyaAllah mudah-mudahan
dengan murni kasih dan keindahan ukhwah yang dipanjangkan Allah juga akan
mempermudahkan perjalanan kita menikmati IMPIAN yang diidam-idamkan.Janji Allah
yang pasti…infaqkanlah masa, tenaga, wang ringgit, doa, buah fikiran, sokongan
dalam perjalanan insyaAllah INDAH, HARUM & MANIS pasti akan menanti!Yang
pasti HARUS YAKIN dengan JANJI ALLAH…when U believe insyaAllah you will
RECEIVED!
.. drp ..P Aniz (Klinik Suksess) lihat websitenya dengan mengakses ke lamannya.
MOHON MASUK KE INSTITUSI TARBIYAH
Institusi Tarbiyah untuk melahirkan insan soleh wa musleh kini dibuka, untuk kemasukan pembelajaran tahun satu 2013. WOW begitu hebat institusi ini, peluang untuk memohon hanya sebulan. Bagi mereka yang kurang kepekaan tentang tempoh permohonan ini, sudah tentulah akan kecewa...nanti. Permohonan yang ramai di kalangan ibu bapa yang mahukan anak mereka terdidik dalam bi`ah soleh, sudah tentulah berebut-berebut untuk memohon walaupun sekolah ini berbayar?. Kenapa perlu bayar? walhal sekolah di luar sana percuma, 100 peratus percuma. Pasti sekolah rebutan ini ada kelaianannya. Yang menjadikan kelainan ialah sekolah yang inginkan `kemenjadian insannya` ini berbahagia hidup di dunia dan di akhirat. Institusi yang menekankan pendidikan ke destinasi kampung akhirat SYURGA FIRDAUSI.
BERSAMALAH KITA MENYOKONG DENGAN MENYUMBANG WANG RINGGIT FISABILLAH UNTUK MEMBANGUNKAN SEKOLAH INI.
Sunday, 8 April 2012
SLOGAN BERSEGERA KEPADA
أخي الحبيب: نحن في أيام هامة جدا شعارها"ففروإلي
الله:-)
١..الصيام .القيام ٢, القيام ٣ .....القيام ٣ ...التلاوة وذكر الله كثيرا ٤ ...الاستغفاروالتوبة ٥ ...الصدقة
والانفاق ٦ ...الدعاء للجماعة والقيادة بالتوفيق وثقوا في وعد الله.. انشر
Saudara yang dikasihi, kita berada di hari-hari yang amat-amat penting:- Slogannya ialah: bersegeralah kepada Allah, dengan:
1. puasa.
2. qiyam.
3. tilawah
dan banyak mengingati Allah.
4.
istighfar dan taubat.
5. sedekah dan infaq.
6. doa untuk jamaah dan pimpinan supaya mendapat taufik serta yakin dengan janji Allah.
6. doa untuk jamaah dan pimpinan supaya mendapat taufik serta yakin dengan janji Allah.
Sebarkan, moga mendapat
ganjaran
Thursday, 5 April 2012
RAYUAN SUMBANGAN DARIPADA AKTIVIS AQSYA SYARIF
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang telah memberikan kita nikmat
yang tersangat banyak, tak terkira dan tak mampu untuk dibalas. Dia memberikan
kita nikmat hidup, nyawa, pancaindera, akal, keluarga, masa, dan harta..
Terdapat banyak ayat dalam al-Quran yang memperlihatkan bahawa Allah
sendiri ingin menguji adakah manusia ini bersyukur dengan nikmatNya. Bagaimana
bersyukur ? Banyak caranya, melalui perkataan, perbuatan dan hati.
Oleh kerana Allah jualah yang memberikan segala nikmat yang kita lihat
dan tak lihat , maka tidaklah perlu dinilai seseorang hamba itu dengan
banyaknya harta dan nikmat, tetapi Allah mahu melihat kesan syukur kita pada
nikmat yang diberikanNya itu kepada kita, iaitu antaranya dengan melakukan amal
kebajikan.
Sabda Rasulullah s.a.w pula : Sesungguhnya Allah tidak melihat (untuk
penilaian) kamu pada rupa dan harta kamu. Sebenarnya Allah melihat kepada hati
dan amalan kamu.
Nah… di sini saya ingin menyentuh berkenaan salah satu amal kebajikan
yang boleh dijadikan bukti bersyukur itu sendiri, iaitu : bersedekah atau infaq
di jalan Allah.
Tahukah anda ? Ya. Saya yakin anda yang membaca tulisan ini telah pun
tahu : Pahala bersedekah adalah sangat besar, dan boleh digandakan oleh Allah
sehingga 700 kali ganda, seperti dalam firmanNya :
مَّثَلُ
الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ
أَنبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنبُلَةٍ مِّائَةُ حَبَّةٍ ۗ وَاللَّـهُ
يُضَاعِفُ لِمَن يَشَاءُ ۗ وَاللَّـهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ ﴿٢٦١﴾
Maksudnya
: {{ Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan
Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai;
tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan
melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas
(rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.}} – surah al-Baqarah
ayat 261
Sedekah itu banyak caranya, ada yang berbentuk perbuatan, ada yang
berbentuk harta benda. Sedekah yang berbentuk perbuatan sangat banyak. Sekali
lagi, saya anggap anda semua sudah mendengar hadith Kullu Sulama ini :
عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ
عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : كُلُّ
سُلاَمَى مِنَ النَّاسِ عَلَيْهِ صَدَقَةٌ، كُلُّ يَوْمٍ تَطْلُعُ فِيْهِ
الشَّمْسُ تَعْدِلُ بَيْنَ اثْنَيْنِ صَدَقَةٌ، وَتُعِيْنُ الرَّجُلَ فِي
دَابَّتِهِ فَتَحْمِلُهُ عَلَيْهَا أَوْ تَرْفَعُ لَهُ عَلَيْهَا مَتَاعَهُ
صَدَقَةٌ وَالْكَلِمَةُ الطَّيِّبَةُ صَدَقَةٌ، وَبِكُلِّ خُطْوَةٍ تَمْشِيْهَا
إِلَى الصَّلاَةِ صَدَقَةٌ وَ تُمِيْطُ اْلأَذَى عَنِ الطَّرِيْقِ صَدَقَةٌ [رواه
البخاري ومسلم]
Terjemah hadits / ترجمة الحديث :
Daripada Abu Hurairah radhiallahuanhu dia berkata : Rasulullah s.a.w
bersabda : (( Setiap anggota tubuh manusia wajib disedekahi, setiap hari di
mana matahari terbit lalu engkau berlaku adil terhadap dua orang (yang
bertikai) adalah sedekah, engkau menolong seseorang yang berkenderaan lalu
engkau bantu dia untuk naik kenderaannya atau mengangkatkan barangnya adalah
sedekah, ucapan yang baik adalah sedekah, setiap langkah ketika engkau berjalan
menuju solat adalah sedekah; dan menghilangkan gangguan dari jalan adalah
sedekah.))
Kamaruzzaman
bin Abd Rahim
مسؤول
تنفيذي - العلاقات العامة
Executive,
Public Relation
Aqsa
Syarif Berhad | Malaysia
Tuesday, 3 April 2012
MENCARI REZEKI YANG BERKAT
DENGAN memberi tidak sekali-kali `apa yang diberikan itu berkurang`.Di sisi Allah sesungguhnya `apa yang diberikan itu` akan bertambah 700 kali ganda. Setiap harta yang yang dibelanjakan pada jalan Allah dianalogikan setiap benih akan bertambah menjadi tujuh tangkai dan setiap tangkai pula akan berhasil menjadi 100 biji. Natijahnya apa yang diberikan/disumbangkan ke jalan Allah akan bertambah 700 kali ganda...MasyaAllah banyaknya rezeki yang diterima. Rezeki bukan sahaja dalam bentuk wang ringgit, harta benda, malah apa sahaja nikmat yang dipinjamkan kepada kita, seperti ilmu, kesihatan, sahabat, masa lapang, idea, keupayaan dan kesungguhan untuk melaksanakan kebajikan dan ibadah. Berilah `lima perkara sebelum lima perkara`??? agar rezeki kita bertambah berlipat kali ganda.
Subscribe to:
Posts (Atom)
.jpg)



