JOM JADI JUTAWAN

JOM JADI JUTAWAN
HANYA RM1.00 UNTUK JADI JUTAWAN..dermalah

Tuesday, 15 May 2012

SEMARAK KASIH khas untuk guru-guru SRI AL-AMIN BANGII

Dedikasi khas untuk guru-guru di SRI AL-AMIN BANGI atas pengorbanan, jasa, dedikasi dan istiqamah mereka mendidik anak-anak tanpa mengenal jemu dan penat lelah. Sesiapa yang bermurah hati untuk menaja tapak nukilan kasih ini dalam ALBUM SEMARAKI KASIH 23 JUN 2012.

SATU MUKA SURAT (A4)  : RM 500.00
SETENGAH MUKA SURAT : RM 350.00
SUKU MUKA SURAT : RM 200.00

Saturday, 12 May 2012

NUKILAN KASIH ...sempena hari IBU


Mencari sponsor untuk mengabadikan nukilan seperti ini dalam buku cenderamata `SEMARAK KASIH PADA 23 JUN di Bangi Golft Resort. Sponsor dalam bentuk membeli ruang iklan atau nukilan yang berharga seperti berikut:
satu muka surat : RM500.00
setengah muka surat : RM 350.00
suku muka surat : RM 200.00
Kad Nama : RM 50.00

urusetia SEMARAK KASIH juga mengalu-alukan sumbangan anda dalam mengiklankan produk/perniagaan masing-masing atau mengabadikan nukilan kasih kepada sesiapa sahaja yang disayangi...... hubungi kami: 019736292

Friday, 11 May 2012

Menyumbang dengan NUKILAN KASIH dalam BUKU cenderamata ALBUM KASIH 23 JUN 2012

MENYUMBANGLAH DENGAN MEMBELI RUANG IKLAN ATAU RUANG NUKILAN KASIH dalam ALBUM KASIH bersaiz A4 dengan kadar berikut: Tarikh akhir penghantaran pada 30 Mei 2012.

 Muka penuh     : RM 500.00
 setengah Muka: RM 350.00
 suku muka       : RM 200.00
 Kad Nama       : RM   50.00

HUBUNGI : 0192736292 untuk keterangan lanjut.
contoh- contoh NUKILAN KASIH UNTUK IBU AYAH:




Wednesday, 9 May 2012

Doa untuk IBUBAPA sepanjang masa ..Hari lebih istimewa pada 23Jun 12

Ya Allah
Rendahkanlah suara kami bagi mereka
Perindahlah ucapan kami di depan mereka
Lunakkanlah watak kami terhadap mereka dan
Lembutkan hati kami untuk mereka
Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas didikan mereka pada kami dan Pahala yang besar atas kesayangan yang mereka limpahkan pada kami,peliharalah mereka sebagaimana mereka memelihara kami.
Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana kami atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatan kami jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu .
ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.
Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelum kami,
Izinkanlah mereka memberi syafa’at untuk kami.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah kami memberi
syafa’at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu… .
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.
Ameen Ya Rabbal Alamin..

ANAK-ANAK MU keluarga Pantai Damai

Wednesday, 25 April 2012

Jom SANTUNI IBU BAPA, SEMASA USIA MEREKA DAN KITA MASIH TERSISA

now it's time for you to rise
for all the things you sacrificed....
and it's not too late......
....I'd like to put a smile on your face everyday
....you know you are the number one for me...
NUMBER ONE FOR ME ^__^
lagu ini menyentuh jutaan jiwa...
tak kurang yang mengalirkan air mata T-T
selagi ada masa
sahutlah peluang yang ada..
untuk membahagiakan mereka..
sementara hayat masih tersisa....
 
23 Jun ini..
Jom raikan
ibu bapa kita
di
Majlis Semarak Kasih
 
selain daripada menghargai jasa ibu bapa dalam majlis ini, anda turut membantu Pertubuhan IKRAM Malaysia (Daerah Kajang), PIBG Sri Al-Amin Bangi serta Tabung Pengurusan Musolla Sri Al-Amin Bangi untuk mengumpul dana bagi membiayai aktiviti-aktiviti kebajikan, pendidikan dan sumbangan sosial.
Tempah tempat anda & ibu bapa hari ini!!
Tempat terhad


URUSETIA UNIT PROMOSI;
 
HUBUNGI : O192736292/ ssalmiyah@yahoo.com

Sunday, 22 April 2012

CATATAN naluri salah seorang Penjaga semaa Hari TAKRIM

 
Saya tiba di Dewan Sekolah Menengah Sri Amin semasa Asmaul Husna dialunkan. Sejurus itu bacaan ayat-ayat dari Surah Luqman diperdengarkan dengan syahdu diselangseli dengan terjemahannya. Firman Allah swt yang mengisahkan pesanan Luqman kepada anaknya menjadi santapan rohani bagi hadirin.
Di dalam ucapan aluan Pengetua, Beliau mengupas tema Hari Takrim iaitu 'Muslim Berilmu Pencetus Masa Depan Ummah'. Cabaran kita ialah bagaimana memupuk budaya ilmu di kalangan pelajar agar mereka bangkit untuk menjejaki langkah umat Islam terdahulu. Mereka cemerlang di bidang keilmuan dan berjaya menjadikan negara Islam sebagai hab ilmu pengetahuan serta tempat rujukan dunia.
Penasihat Sri Al-Amin ( YDP IKRAM Daerah Kajang) dalam ucapan perasmian mengimbau sejarah Sri Al-Amin yang bermula dalam suasana daif di masjid lama Serdang. Kemudian Sri Al-Amin berhijrah ke Sungai Tangkas di dalam suasana di kelilingi ladang kelapa sawit. Kini Sri Al-Amin berjiran dengan taman perumahan, rumah kedai malah apartmen yang tinggi. Sri Al-Amin bukanlah sekadar bangunan sekolah tetapi ianya adalah institusi pendidikan yang membina pemimpin soleh dan musleh untuk negara dan mungkin dunia satu hari nanti.
Visi besar hanya dapat dicapai dengan sumbangan setiap dari kita ibubapa dalam kapasiti masing-masing. Selain sumbangan wang ringgit dan tenaga, penghargaan melalui emel sebagai contoh mampu memberi suntikan semangat kepada warga Sri Al-Amin. Komen dan cadangan dialu-alukan dan seharusnya disalurkan secara berhikmah supaya langkah positif dapat kita usahakan bersama.
Beliau juga menasihatkan bahawa setiap pencapaian mahupun 1A, 2A dan seterusnya adalah kejayaan. Yang penting, kita menanamkan sifat orang berjaya di mana hari esok adalah lebih baik dari hari ini.
Penyampaian hadiah pelbagai kategori kedatangan terbaik, hafazan terbaik, peningkatan prestasi terbaik, akademik terbaik dan akhlak SPPIM diselangseli dengan persembahan nasyid, penyampaian cerita Bahasa Arab dan syair. Anak-anak kita memang berbakat dalam bidang nasyid. Persoalannya ialah bagaimana menggilap bakat mereka. Ada di kalangan ibubapa yang berbakat seni boleh membantu? Walaupun tidak memahami Bahasa Arab, saya menumpukan perhatian kepada cerita Bahasa Arab yang disampaikan dengan begitu fasih. Saya dimaklumkan bahawa pencerita Bahasa Arab mendapat tempat pertama di dalam pertandingan bercerita Bahasa Arab yang di adakan di IPG Selangor (dahulunya MPI). Persembahan syair juga menarik kerana diselangselikan dengan iringan percussion. Bakat percussionists begitu terserlah walaupun mereka masih di peringkat menengah rendah.
Acara kemuncak Hari Takrim ialah penyampaian anugerah SPPIM Cemerlang, PMR Cemerlang serta pelbagai kategori Usahawan Muda, Sukan Cemerlang, KRS Cemerlang, Kokurikulum Cemerlang, Kreatif dan Inovatif, Kepimpinan dan Pelajar Mithali.
Pelajar lepasan SPM 2011 yang dinobatkan dengan anugerah Kepimpinan, Asma’ Abu Bakar, ialah Nurul Hana binti Amran sementara anugerah Pelajar Mithali, Zainab Al-Ghazali, ialah Hanifah binti Jailani. Selain kecemerlangan akademik, penglibatan aktif kokurikulum dan akhlaq yang baik, kedua pelajar ini sentiasa menyumbang bakti kepada sekolah dan membimbing adik-adik pelajar. Airmata saya turut bergenang menumpang kegembiraan dan kesyukuran kedua ibubapa mereka di samping mensyukuri kejayaan anak-anak sendiri.
Alhamdulillah, kita mensyukuri kejayaan anak-anak kita walau sekecil mana pun pencapaian mereka. Kita terus mendoakan mereka samada yang berjaya mahupun yang belum berjaya. Kejayaan buat kita ibubapa ialah apabila mereka sering mendoakan kita apatah lagi apabila kita tiada di dunia. Kejayaan yang hakiki ialah apabila kita semua lulus perhisaban di Mahsyar nanti.
**Sekadar coretan untuk perkongsian. Mohon maaf sekiranya ada salah dan silap. Harap diperbetulkan. Jutaan terima kasih, jazakumullahu khairan kathira kepada warga pendidik, staf, ibubapa dan semua yang menjadi asbab kepada kejayaan dianugerahkan Allah swt kepada anak-anak kita.
~Halimah
Desa Al-Amin