JOM JADI JUTAWAN

JOM JADI JUTAWAN
HANYA RM1.00 UNTUK JADI JUTAWAN..dermalah

Tuesday 6 March 2012

PAHALA INFAQ

Allah SWT, berfirman dalam Hadis Qudsi:
يا ابن ادم أنفق أنفق عليك فان يمين الله ملآى سحا لايغيضها شىء بالليل ولابالنهار
Wahai anak Adam! Lakukan infaq, pasti Aku akan limpahkan kurnia kepadamu. Sesungguhnya Yaminullaah (gedung ni`mat dan kelebihan –Nya), sangat penuh berlimpah ruah, tidak akan susut sedikit pun siang atau malam.
(HQR Daruquthni yang bersumber dari Abu Hurairah r.a)

Allah SWT, memerintahkan hamba-hamba-Nya supaya
 melakukan infaq dan membelanjakan sebahagian rezki yang
 telah dilimpahkan kepada kita, kepada para fakir, miskin,
 orang-orang yang sangat memerlukannya, dan kebaikan dan
 kemaafa`atan umum. Dan janganlah hanya berpeluk tubuh atau
 berasa kedekut kerana takut habis harta atau susut
 bilangannya.  Sesungguhnya Allah tetap membalas infaq atau
 sedekah yang dikeluarkan oleh hamba-Nya, dengan berlipat kali
 ganda dengan cara-Nya sendiri, samada disedari atau tanpa
 disedari, di dunia atau ditangguhkan pada hari akhirat kelak.
 Pasti  infaq yang dikembalikan kepada Allah Pemberi rezki itu,
 akan digantikan dengan yang lebih baik dan berlipat kali ganda.
Sahabat sekalian, menyumbang dan menyokong dan membantu membangunkan Institusi Pendidikan seperti SRIAAB  ini adalah termasuk member `kepada mereka yang memerlukan dan untuk menafaat umum` Jom bersama kami mengusaha dan membangunkan institusi ini.

No comments:

Post a Comment